Saturday, December 3, 2011

Majlis Perkahwinan di Restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor

KADANG-kala kita tidak menjangka sesuatu perkara akan berlaku, bak kata pepatah, malang tidak berbau, mujur tidak datang sekali... begitu juga perihalnya pada tarikh 3 Disember 2011 ini, kerana SSB juga cukup bersedia dengan jemputan majlis secara mengejut seperti yang berlaku di majlis yang berlaku di Bora Ombak ini...

Monday, November 28, 2011

Majlis Perkahwinan di Pandan Lake Club, Pandan Indah, Kuala Lmpur

TANPA di duga, satu majlis perkahwinan Cik Sara dan En. Yap, pertemuan kembali 'senior-senior' dalam pembikinan persembahan, Silat Show Biz pimpinan Cikgu Akmal, kembali bekerjasama semula dengan rakan-rakan seperjuangan seperti kumpulan kompang Al Ezhar pimpinan Cikgu Jalal dan kumpulan Gamelan En. Fairuz dalam satu majlis. Majlis itu berlangsung di Pandan Lake Club baru-baru ini.

Monday, November 14, 2011

Majlis Perkahwinan di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor

SEPERTI biasa Silat Show Biz tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis-majlis perkahwinan kerana memenuhi tuntutan persembahan silat 'pengantin'. Pada kali ini, SSB membuat persembahan silat bersama pasukan kompang Al-Ezhar cawangan Seksyen 24, Shah Alam, dibawah pimpinan Cik Azlina bagi menjayakan majlis perkahwinan Cik Bazilah di Seksyen 11.

Sunday, November 13, 2011

Majlis Rasmi di Perkarangan Wangsa Walk, Wangsa Maju Seksyen 5, Kuala Lumpur

SILAT Show Biz yang bernaung di bawah MESTRE MEDIA, turut mendapat jemputan membuat persembahan pada majlis perasmian & penutupan pertandingan akhir pencarian chef SAJI yang di anjurkan oleh Majalah SAJI keluaran Utusan Karya (M) Sdn Bhd dengan kerjasama WANGSA WALK.

Tuesday, November 1, 2011

Majlis Rasmi di First Avenue, Damansara Utama, Selangor

SILAT Show Biz (SSB), turut berpengalaman dalam membuat persembahan di majlis-majlis V.I.P, dan yang terbaru ialah terlibat majlis perasmian pembukaan cawangan PAY PAL Malaysia di First Avenue, Damansara Utama. Majlis turut hadiri dan dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

Friday, October 28, 2011

Majlis Rasmi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur

PELBAGAI bentuk persembahan silat yang kerap dilakukan oleh Silat Show Biz, sama ada berbentuk sandiwara, hiburan, lakonan, sketsa atau penggambaran drama atau filem, Tidak terkecuali juga dengan persembahan di atas pentas selain dimajlis-mlis keramaian. Baru-baru ini, SSB turut terlibat dalam persembahan silat bagi menjayakan majlis Gema Puisi Citra Budaya di Universiti Malaya.

Thursday, October 20, 2011

Majlis Rasmi di Hotel De' Palma Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

SELAIN persembahan majlis-majlis perkahwinan, Kumpulan Silat Show Biz (SSB) yang bernaung dibawah syarikat MESTRE MEDIA aktif dalam membuat persembahan di majlis-majlis rasmi dan V.I.P. Berikut adalah rentetan gambar-gambar yang dirakamkan pada Malam Perasmian Persatuan Kesenian Citra Ugik Selangor yang berlangsung di Hotel De' Palma, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Saturday, September 17, 2011

Majlis Perkahwinan di Dewan Sekssyen 13, Shah Alam, Selangor

ANTARA cebisan-cebisan gambar aksi persembahan silat pesilat pada majlis perkahwinan Cik Aina dan Encik Aidil di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Saturday, July 23, 2011

Majlis Perkahwinan di Pandan Indah, Kuala Lumpur

SEBAHAGIAN dari gambar-gambar istimewa jemputan persembahan silat pada majlis perkahwinan di Pandan Indah.