Sunday, April 27, 2014

Selangkah Lagi Ke Hadapan... InshaAllah ;-)


SEBELUM ini, ASt sebelum ini pernah membuat kad nama secara formal untuk tujuan aktiviti persembahan silat... namun sering kehabisan sehingga terlupa nak buat untuk stok yang baru... Dah lama tak reka kad yang baru... Hari ini barulah ASt mendapat ilham dan hasilnya... Begini... Siap untuk dicetak ;-)

Saturday, April 12, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak


12 April 2014 - Persembahan seterusnya di Dewan Perdana Felda dekat Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Seperti biasa tiga kumpulan persembahan kompang, gamelan dan silat secara trio membuat persembahan bagi meraikan pasangan mempelai pada hari yang penuh gilang gemilang. Pasukan ASt diwakili oleh Azim dan Cikgu Akmal, manakala pasukan kompang dan gamelan dikepalai oleh Cikgu Fairuz dan Izzat.

Persembahan ASt dimulai oleh Azim dengan langkah tiga dan pecah empat sambil diiriing oleh alunan merdu gamelan kumpulan AGIM. Diikuti oleh Cikgu Akmal dengan tari 'fancy' pecah enam toya dan bunga keris nombor satu sebelum persembahan penutup berdua dengan lela sembah. Masa peruntukkan tidak berapa lama sekitar 5 minit. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan jaya hendak-Nya. AMIN ;-)




Sunday, April 6, 2014

Majlis Meraikan Ketibaan Perdana Menteri Malaysia di Cruise Tasik Putrajaya


6 April 2014 - Bersama Persatuan AGIM (Adunan Gamelan Irama Melayu), AkmalSilat Team telah diundang untuk membuat persembahan bagi mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Malaysia dan para tetamu kehormat mereka dari Singapura. Satu penghormatan bagi kami kerana dipiih untuk membuat persembahan di hadapan PM dan mempromosikan seni irama dan budaya Malaysia pada mata antrabangsa.

Alhamdulillah, kami tiba awal begitu juga dengan persiapan rapi supaya persembahan kelihatan mantap di sisi tetamu kehormat kelak. Apabila detiknya selepas solat Maghrib kami bersiap dan bersedia kelapangan persembahan bagi menantikan ketibaan V.I.P tersebut. Malangnya, melalui wakil Cruise Tasik Putrajaya memaklumkan persembahan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.*

Terima kasih atas kolabrasi ini buat A.G.I.M yang memberi kepercayaan ini kepada kami. InshaAllah kita akan terus berkolabrasi pada tahap yang seterusnya ;-) AMIN

*hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui

Saturday, April 5, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Seri Seroja Presint 15 Putrajaya


5 April 2014 - Persembahan silat pengantin ASt kali ini berlangsung di Putrajaya presint 15 dalam dewan Seri Seroja. Cuma pada kali ini ASt bukan membuat persembahan berkumpula sebaliknya secara solo oleh Cikgu Akmal sendiri. Sekalung tahniah buat pasangan mempelai dan tidak lupa buat Along Gamelan, kerna kita berkolabrasi lagi untuk memeriahkan majlis tersebut serta terima kaseh atas kepercayaan ini. AMIN ;-)

Persembahan solo oleh Cikgu Akmal bermula dengan pecah enam, diikuti dengan pecah dua belas, pecah enam toya dan penutupnya dengan tari lela sembah seni silat sendeng malaysia. Walaupun ruangnya terhad, ianya bukan masalah buat pesilat ASt kerna sudah biasa dalam membuat persembahan di dalam pelbagai jenis ruang dan keluasan lokasi aksi persilatan.