Tuesday, September 16, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Dato' Othman Harun Kem Wardieburn Setapak



16 September 2014 - Satu panggilan 'terkejut' diterima ASt untuk membuat persembahan silat pada keesokkan harinya. Terima panggilan malam dan tengahari esoknya membuat persembahan. Alhamdulillah dan nasib baik pada 16 haribulan tersebut adalah hari cuti umum Malaysia. ASt diwakili empat pesilat iaitu Shawal, Sharifuddin, Salehuddin dan Cikgu Akmal sendiri. Persembahan bagi meraikan hari gembira pasangan mempelai Hafez dan Ezleynie.

Persembahan bermula dengan menyambut ketibaan pengantin di luar perkarangan dewan dengan sembah silat ringkas oleh dua pesilat. Kemudian persembahan bersambung di dalam dewan dilapangan pelamin. Persembahan melibatkan tari seni silat dan gelut tangan kosong.





"...Selamat Pengantin buat Hafez dan Ezlyenie..."