Sunday, February 24, 2013

Majlis Rasmi EXPO Perkahwinan & Fesyen Pakaian Melayu di Anggerik Shopping Mall, Shah Alam


BUAT julung kalinya pasukan AKMALSILAT diundang membuat persembahan bagi menjayakan majlis rasmi perkahwinan adat melayu di Anggerik Mall Shah Alam. Undangan ini adalah atas jemputan khas oleh perancang majlis perkahwinan iaitu encik Mizan dibawah anjuran MnZ Creative yang sering berkolabrasi dengan kami. Untuk memeriahkan majlis itu AS menghantar 5 orang wakil pesilat bagi tujuan itu. Mereka ialah Akmal, Salehuddin, Siti Zulaekhah, Fatin Nabilah dan Noor Hafiqah.

Pasukan AS memulakan persembahan selepas model pengantin duduk singgah diatas pelamin yang disaksikan ramai hadirin yang datang. Persembahan AS dimulakan dengan belebat asas 1,2 dan 4 disusuli dengan langkah tiga. Kemudian persembahan solo oleh Salehuddin dengan pecah 6 manakala Akmal sendiri membuat persembahan solo pecah 12 dan bunga keris 1. Persembahan AS diakhiri dengan lela sembah secara berkumpulan. Setelah tamat, kami dimaklumkan oleh penganjur supaya melakukan kembali persembahan silat kerana mendapat sambutan oleh penganjur sendiri.

Terima kasih atas penghargaan dan penghormatan tersebut, sesuatu yang tidak dijangka. Kami tidak menolak permintaan itu dan mempersembahkan kembali tari silat pengantin seperti biasa namun berbeza pula persembahannya. Selepas persembahan solo oleh pesilat AS, Akmal mempersembahkan seni permainan tekpi buat julung kali dan berjaya menarik perhatian.



Sunday, February 17, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Banquet Maktab PDRM Cheras


TANGGAL 17 Februari 2013, Pasukan AS sekali lagi diundang bagi menjayakan majlis perkahwinan di Dewan Banquet Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur. Persembahan kali ini diwakili oleh satu pasang lelaki dan satu pasang perempuan, iaitu Akmal, Shariffudin, Siti Nuratikah dan Fatin Nabilah. Aksi persembahan dibuka dengan gerakan belebat 1,3,4, langkah tiga, pecah empat. Persembahan solo oleh Akmal dengan pecah dua belas, tari keris 1,2 dan penutupnya secara berkumpulan dengan tari lela sembah Silat Sendeng.

Terima kasih AS ucapkan buat perancang majlis perkahwinan iaitu Encik Mizan dibawah syarikat kelolaannya iaitu MnZ Creative Enterprise yang sering berkolabrasi dengan pasukan silat AS. Diharap hubungan ini akan berpanjangan hendak-Nya. Buat pesilat AS, persembahan sebentar tadi memang menghiburkan, pihak team AS ucapkan 'Tahniah dan Terima Kasih', dan ianya antara persembahan yang terbaik! Tidak lupa AS ucapkan, "Selamat Pengantin Baru", buat kedua mempelai iaitu Encik Arif dan pasangannya Cik Farhana, moga berbahagia hingga akhir hayat. AMIN ;-)
-