Sunday, January 6, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya



Ditengah-tengah pesilat AS ialah salah seorang hadirin majlis perkahwinan tersebut, Encik Mohd Rafie yang begitu tertarik dengan persembahan AS lalu merkamkan foto kenangan bersama kami... terima kaseh bebanyak bang Rafie ;-)

SEMPENA tahun baru ini, URL Silat Show Biz telah diubah kepada AKMALSILAT.BLOGSPOT.COM. Secara tidak langsung segala penampilan yang ada dibawah SSB akan berubah wajah sedikit demi sedikit. tanggal 6hb Januari 2013, team AKMAL SILAT menerima undangan majlis silat bagi meraikan pasangan mempelai Cik Laila dan Encik Qamarul di dewan Sri Melati, Kompleks PerbadananPutrajaya.

Team AS diwakili oleh Akmal, Salehuddin, Sharifuddin dan Irman yang melakukan persembahan seperti biasa memukau para hadirin yang datang. Terima kaseh juga kami tujukan buat Encik Mohd Rafie yang mengambil gambar kami dan juga wakil pasangan pengantin iaitu Cik Wan yang membantu kelancaran persembahan kami... ;-)




Cikgu Akmal menggayakan persembahan tari silat buat pasangan mempelai dan hadirin dengan pukauan kelembutan seni tari Silat Sendeng ;-)