Sunday, December 30, 2012

Majlis Perkahwinan di Taman Tasik Semenyih, Kajang, Selangor

- no. pix -

SALAH satu persembahan yang jauh pernah dilakukan SSB. Persembahan tersebut bagi meraihkan pasangan pengantin Cik Camelia dan Encik Zulkarnain yang diijabkabulkan pada hari sabtu yang lalu. Pada hari ahadnya, mereka bersanding di perkarangan rumah pengantin perempuan di no.38, Jalan TTS 5, Taman Tasik Semenyeh. SSB diwakili 3 orang pesilat membuat persembahan bagi meraikan pasangan mempelai bertuah ini dengan gilang gemilang. Mereka bertiga ialah Irman, Sharifuddin dan Alif. Terima kasih pada semua yang terlibat.

Sunday, December 16, 2012

Majlis Perkahwinan di Shah Alam Convention Centre (SACC)


MAJLIS ini dijayakan atas kerjasama salah seorang perancang perkahwinan iaitu Encik Mizan yang sering menjemput SSB membuat persembahan pada majlis-majlis mereka. Terima Kaseh! Majlis berlangsung agak lambat kerana masalah teknikal yang berlaku oleh pengurusan penganjur. Buat kali pertama, persembahan silat berjaya dimulakan sekitar pukul 4 petang. Membuatkan perut kami keroncong dan berlagu. Mahu tidak mahu, SSB perlu sabar menunggu untuk membuat persembahan. 

Persembahan SSB diletakkan antara giliran kedua akhir sebelum pasukan tarian. Alhamdulillah, segalanya dapat berakhir dengan baik dan pihak SSB ucapkan tahniah buat pasangan pengantin Siti Fatimah dan Muhammad Abdul Ghaffar, tetap melayan kami dengan baik walau berlaku sedikit kesilapan teknikal.

Saturday, December 15, 2012

Majlis Perkahwinan di AU1 Keramat, Kuala Lumpur

- no.pix -
 
PADA hari sabtu tanggal 1 Safar 1434 Hijrah, adalah tarikh gembira buat pasangan mempelai, Wardatun dan Iskandar melangsung majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan di Au1 Keramat. Terima kaseh kami tujukan pada pihak tuan rumah melalui wakil pengantin perempuan iaitu Encik Razi, yang prihatin dan kerjasama yang diberikan serta bertungkus lumus untuk menjayakan majlis dengan meriah sekali. Majlis yang berlangsung dalam cuaca yang redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah tanda majlis tersebut mendapat keberkatan. Persembahan SSB pada tengahri itu diiringi oleh paluan gendang silat secara 'live' yang banyak menaikkan semangat pesilat SSB beraksi dengan mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin.

-

Sunday, December 2, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Sri Petaling, Kuala Lumpur

- no.pix -
 
SEPERTI sedia maklum tertakluk dalam kalendar persembahan SSB, bulan disember ini sememangnya bulan boleh tahan sibuknya dengan aktiviti persembahan. Kali ini SSB memenuhi pula permintaan tuan rumah iaitu Encik Yusof bagi meraikan pasangan pengantin anak perempuannya. Sekali lagi SSB tidak menyangka, pihak tuan rumah ini rupa-rupanya ada pertalian dengan menteri besar selangor, Dato' Seri Khalid. Persembahan silat SSB ini juga adalah hasil 'rekomen' sahabat kompang bandar tun razak iaitu encik Abu Bakar. Selepas solat zuhor, SSB memulakan persembahan yang diwakili oleh dua orang pesilat iaitu Akmal dan Salahuddin sambil diiringi dengan paluan kompang secara 'live'.

Saturday, December 1, 2012

Majlis Perkahwinan di Hotel UiTM, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor

- no.pix-

PADA sebelah siangnya SSB menerima undangan persembahan di Kemensah Height, belakang Zoo Negara. Pada sebelah malam tarikh yang sama, SSB memenuhi permintaan persembahan oleh sahabat biasa SSB iaitu encik Mizan (Perancang Majlis Kahwin) bagi meraikan kedua-dua mempelai Encik Zaidi & Isteri pada majlis resepsi yang penuh gilang gemilang. SSB memulakan persembahan tepat jam 9 malam dan persembahan silat diwakili oleh Akmal, Sharifuddin, Irman dan Alif.

Majlis Perkahwinan di Kemensah Height, Ampang, Selangor

- no.pix -

BULAN Disember 2012 ini merupakan bulan penghujung dalam kalendar masihi, tanda sebagai bulan penutup tahun 2012 sebelum tirai 2013 menjelma. Ketika itu lah juga keadaan persiaan majlis perkahwinan terutama bangsa melayu. Oleh itu SSB juga tidak ketinggalan dalam menyerikan majlis perkahwinan dengan persembahan silat buat santapan mata Raja Sehari.

1 Disember, SSB telah diundang untuk membat persembahan silat atas 'rekomen' pasukan kompang encik Abu Bakar (Taman Tun Razak) yang sering berkolabrasi dengan SSB sejak tahun 2010 lagi. Secara kebetulan perkahwinan ini adalah majlis perkahwinan anak saudara 'Nash' (penyanyi rock kumpulan Lefthanded). Tepat pukul 1.30 petang SSB mempersembahkan persembahan silat yang mendapat perhatian para 'Rela' yang bertugas.

Persembahan SSB pada majlis itu, diwakili oleh empat orang pesilat iaitu Sharifuddin, Syafiee, Wafa dan Adik Syafiee.

Saturday, November 17, 2012

Majlis Perkahwinan di Hotel De' Palma Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor


MAJLIS yang berlangsung pada waktu malam ini adalah untuk meraikan pasangan pengantin Afiq dan Diana yang berlangsung dengan gilang gemilang. SSB bersama pasukan gamelan AGIM pimpinan Along (En. Fairuz) telah bergabung tenaga bagi menjayakan majlis tersebut. Dari persembahan silat, kompang dan pengiring pengantin serta pembawa bunga mangga. Terdapat juga ahli SSB yang tidak terlibat hadir memberikan sokongan. Terima Kaseh atas semua yang terlibat ;-)

Saturday, November 10, 2012

Majlis Perkahwinan di Kayangan Height, Shah Alam


INI merupakan antara kolabrasi persembahan yang terbesar... Mana tidaknya, majlis kali ini berlangsung di Kayangan Height, Jalan Mawar Merah U9/6A, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan menampilkan kumpulan persembahan yang general bersama. Bagi memeriahkan dan melancarkan majlis tersebut kumpulan persembahan diwakili oleh Kompang Al-Ezhar pimpinan Jalal Kompang, Silat oleh SSB (Silat Show Biz), Gamelan oleh A.G.I.M, Pengawal Tombak dari Akademi Seni Putra Selangor, PA System oleh Bai Baiman, Emcee oleh DDeana Freelancer dan Jurugambar oleh Hairi Hashim.

Sunday, October 7, 2012

Majlis Rasmi di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya

- no.pix - 
INI merupakan 'jalinan persahabatan' antara SSB dan Along Gamelan, kerana sering berkolabrasi sejak kebelakangan ini dalam arena persembahan. Terima kasih Along kerna sering memilih SSB sebagai rakan kerja dalam aktiviti persembahan ini. Walaupun diundang dalam 'last minutes', ianya bukan halangan buat SSB untuk menerima undangan persembahan. Pada majlis itu, SSB sekali lagi diwakili seorang lagi pesilat senior bagi menjayakan persembahan itu iaitu En. Salehuddin, kebetulan persembahan pada masa itu hanya memerlukan seorang pesilat sahaja.

Saturday, October 6, 2012

Majis Perkahwinan di Ballroom Hotel De' Palma Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam, Seangor

- no.pix -
 
PERSEMBAHAN SSB di Hotel De' Palma Shah Alam ini adalah hasil undangan dari Along Gamelan. Majlis berlangsung pada sebelah malam dan SSB telah diwakili oleh seorang pelajar senior SSB bagi menjayakan persembahan yang mana dijalankan secara solo iaitu Irfan Abdullah. Diringi dengan muzik 'Semerah Padi', pencak silat persembahan Irfan tampak mantap dan bersemangat.

Saturday, September 15, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna MBPJ Seksyen 5, Jalan Gasing Indah, Pantai Dalam

- no.pix -
SETERUSNYA, SSB menerima undangan persembahan bagi meraikan pasangan mempelai Nurul Wahida Ibrahim dan Redzuan Mohd Rashid. SSB diwakili oleh pesilat remaja dari gelanggang latihan SSB dari SMK Zon R1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur seramai 4 orang dibawah bimbingan Cikgu Akmal. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Saturday, September 8, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Kristal, Menara Rebung, TM Bangsar, Kuala Lumpur

- no.pix -
 
INI merupakan persembahan pertama SSB selepas berehat dari sambutan perayaan Eidul-fitri. Persembahan SSB pada kali ini mendapat undangan dari sahabat seperjuangan iaitu En. Fairuz atau dikenali sebagai ALONG pasukan gamelan. SSB telah diwakili Chaoi Power dan Irman Ibrahin, berjaya memukau para hadirin dengan persembahan yang mantap dan versatile, lain dari yang lain.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Eidulfitri 2012


KESEMPATAN ini Silat Show Biz (SSB) mengucapkan ribuan terima kaseh pada semua 'client' kami yang memberi sokongan dan kepercayaan menggunakan perkhidmatan persembahan. Dimana, jika ada salah dan silap kami SSB mohon maaf... Salam Eidulfitri untuk semua umat Islam dan penduduk dunia seluruhnya, moga ramadhan yang lalu memberi keinsafan dan syawal terjelma ini membuka lembaran baru buat kita semua, amin...;-)

Sunday, July 29, 2012

Majlis Rasmi di Tamarinds Springs, Kelab Darul Ehsan, Selangor


PERTAMA kali dalam sejarah SSB pada tanggal 29 Julai 2012, SSB membuat persembahan didalam bulan puasa atas undangan sebuah firma di Tamarind Springs. SSB diwakili oleh dua orang pesilat yang mahir beraksi dalam kaedah tempur, seni dan senjata berjaya menghiburkan para hadirin yang ternyata terpaku dengan kehebatan pesilat SSB membuat persembahan silat. Terima kaseh SSB tujukan buat Kak Anne dari Pulau Pinang yang mengundang kami untuk memeriahkan majlis tersebut.

Sunday, July 8, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Dr. Siti Hasmah, Rumah Puspanita, Jalan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur


PERTAMA sekali, diucapkan beribu-ribu terima kaseh pada perancang majlis perkahwinan Encik Nizan yang sentiasa memberi peluang dan kepercayaan pada SSB menyertai program persembahan yang diatur dalam majlis-majlis diadakan olehnya. Semoga hubungi ini akan berkekalan dan dirahmati Allah SWT. Begitu dengan Encik Salahuddin yang sering membantu sekiranya sesuatu majlis itu gagal saya hadiri kerana ada komitmen lain. Dalam memastikan persembahan SSB berjalan lancar seperti yang dirancang beliau telah banyak membantu.

Persembahan pada kali ini diwakili oleh Alyah Nabilah, Siti Nuratikah, Danial Hamka dan Irman. Tanpa kelibat Cikgu Akmal mereka tetap dedikasi menyampaikan persembahan terbaik pada majlis tersebut. Tahniah!




Saturday, June 30, 2012

Majlis Perkahwinan di Country Homes, Rawang, Selangor

- no.pix -
 
TANGGAL 30 Jun lepas SSB terpaksa membuat persembahan berasingan kumpulan dalam satu masa. Satu kumpulan beraksi di Bukit Jelutong, satu lagi di Rawang. Namun, ianya perkara biasa dan bukan kesukaran buat SSB kerana sudah biasa dengan situasi ini. Sebenarnya SSB boleh dipecahkan pada tiga kumpulan dalam satu masa persembahan. Majlis di Rawang berlangsung di No.13, Jalan 3/8, Fasa 3, Bandar Country Homes, bagi meraikan pasangan pengantin Encik Ammar dan Cik Aishah yang berlangsung gilang gemilang dan meriah. Terima Kaseh juga kami ucapkan pada 'Perancang Majlis Perkahwinan' Encik Aizat yang sudi mengundang kami menjayakan majlis ini. Pada majlis itu SSB membuat persembahan menggunakan pakaian berwarna kuning dan bersampin emas diwakili dengan dua pesilat lelaki dan perempuan.

Majlis Perkahwinan di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor

- no.pix -
 
TERIMA kaseh pada Perancang Majlis Perkahwinan (wedding planner) Encik Nizan yang sering mengundang SSB menjayakan majlis-majlis yang diaturkan olehnya. Persembahan SSB diwakili oleh dua pesilat lelaki dan dua pesilat perempuan. Majlis kali ini meraikan kedua-dua mempelai iaitu pengantin lelaki seorang berbangsa Inggeris (Dean) berkahwin dengan Cik Nadia di Bukit Jelutong.

Saturday, June 9, 2012

Majlis Perkahwinan di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor

- no.pix -
 
KEHADIRAN ini atas undangan dari perancang perkahwinan Encik Nizan. Ini merupakan kerjasama kali ketiga dengan 'wedding planner' Nizan selepas Restoran Seri Melayu dan Bukit Damansara. Cuma pada kali ini, beliau tidak hadir kerana terpaksa menguruskan 2 lagi majlis berlainan tempat. Terima kaseh wakil tuan rumah pengantin yang sudi memberi layan pada SSB bagi menjayakan majlis perkahwinan Encik Mazli dan Cik Intan. Moga bahagia ke akhir hayat.

Sunday, May 27, 2012

Majlis Perkahwinan di Taman Nakhoda, Batu Caves, Selayang, Selangor

- no.pix -
 
MERUPAKAN salah satu pelanggan SSB yang membuat 'tempahan' saat-saat akhir. Namun, tiada masalah untuk itu, yang penting kita dapat membantu mereka yang membuat persiapan saat akhir. Bagi pengantin lelaki iaitu Encik Azreen dan pasangannya, Azura, pada asalnya tidak terlintas ingin menempah persembahan sebaliknya pasukan kompang. Namun, pasukan kompang yang dijanjikan tidak dapat hadir pada hari majlis. Pada mulanya SSB cuba membantu mendapatkan pasukan kompang tetapi gagal kerana semua pasukan kompang yang SSB kenali telah pun padat jadualnya. Sebagai ganti, persembahan silat untuk meraikan kedua-duanya pasangan yang berimej minangkabau.

Saturday, May 26, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna MPS, Taman Selaseh, Selayang, Selangor


PERSEMBAHAN SSB yang kedua pada hari yang sama adalah di Dewan Serbaguna Majlis Pembandaran Selayang untuk majlis perkahwinan pasangan mempelai Hilma Hanani Jarni & Razyff Hj Mohd Rozi. Majlis ini adalah undangan sahabat SSB iaitu kumpulan kompang Al-Ezhar dibawah pimpinan Cikgu Jalaluddin Masot yang sering berkolabrasi dengan SSB. Terima kaseh atas undangan dan dari pihak SSB amat senang berurusan dengan kumpulan Jalal Kompang.

Majlis Perkahwinan di Dewan Nusa Bakti, Bandar Bar Ampang, Ampang, Selangor

- no.pix -
 
SETELAH dua bulan 2 hari tanpa mendapat undangan persembahan, buat julung kali mendapat 2 undangan persembahan dalam hari yang sama. Oleh itu, SSB terpaksa berpecah pada dua kumpulan dalam satu masa. Satu di Bandar Baru Ampang dalam majlis meraikan pengantin. Setelah selesai lain pula jadinya, sehingga kini sudah hampir sebulan, SSB belum menerima bayaran penuh dari pengantin walaupun dihamburkan janji-janji yang akan menunaikan pembayaran pada tarikh yang ditetapkan. Lebih memalukan, pihak pengantin langsung tidak membuat maklum balas walaupun pihak SSB menelefon atau SMS, satu pun tidak dibalas selepas berjanji mahun menyelesaikannya pada tarikh yang ditetapkan.

Saturday, March 24, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Taman Ampang Tasik, Ampang, Selangor


TANGGAL 24 Mac 2012, SSB diundang Guru Silat Sendeng Malaysia, iaitu Cikgu Mat Akhir membuat persembahan bagi meraikan majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Ampang Tasik. Pasangan mempelai Mohd Hafez dan Nurul Syakirah berlangsung amat meriah diiringi dengan gendang silat termasuk beberapa persembahan silat dari wakil guru-guru Silat Sendeng.

Sunday, March 11, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Tun Rahah, Wisma Tun Razak, Kuala Lumpur

- no.pix -
 
BULAN Mac antara bulan yang 'lebat' dengan persembahan silat. Cuma semasa majlis itu berlaku kekecohan sedikit apabila kumpulan kompang gagal hadir ke majlis kerana penganjur mengubah masa persandingan lebih awal. Walau bagaimanapun persembahan silat berjaya menutup kekecohan itu dengan persembahan yang menghiburkan.

Saturday, March 10, 2012

Majlis Perkahwinan di PPR Kampung Limau Pantai Dalam, Kuala Lumpur

- no.pix -

MERUPAKAN persembahan jemputan khas meraikan pasangan mempelai sahabat-sahabat pasukan Kompang Al-Ezhar dibawah pimpinan Cikgu Jalaluddin dan Kak Noyah. SSB diundang untuk membuat persembahan bagi memeriahkan majlis perkahwinan itu.

Sunday, March 4, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Presint 15, Putrajaya

- no.pix -
 
KALI ketiga dalam sejarah penubuhan Silat Show Biz, berlaku perkara ini, iaitu pembatalan persembahan silat pada majlis perkahwinan sama ada last minutes atau sehari atau beberapa sebelumnya. Begitulah asam garam dalam penglibatan SSB dalam bidang persembahan ini. Sepatutnya di jadualkan mengadakan persembahan meraikan pasangan pengantin di Dewan Serbaguna Presint 15, Putrajaya. Persiapan persembahan telah dibuat dan secara tiba-tiba setelah proses pembayaran wang pendahuluan telah diselesaikan, pihak pengantin mahu membatalkannya. Itu tiada masalah cuma wang deposit akan lebur dan tidak akan dipulangkan. Semoga ada pihak yang memahaminya dan tidak kira wang berapa jumlah wang deposit ianya tetap tidak akan dipulangkan. Harap Maklum. ;-)

Saturday, February 11, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan MATRADE, Jalan Duta, Kuala Lumpur


JIKA tidak mendapat undangan dari pelanggan, Silat Show Biz juga kerap dipanggil oleh rakan seperjuangan seperti pasukan kompang atau gamelan bagi mewakili mereka membuat persembahan silat. Baru-baru ini, SSB mendapat jemputan persembahan silat dimajlis perkahwinan di MATRADE bersama pasukan Jalal Kompang bagi meraikan majlis perkahwinan Astrina & Naquib.


Kerjasama SSB dengan Jalal Kompang Al-Ezhar telah lama terjalin sejak dari 3 tahun yang lepas...

Sunday, February 5, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Komuniti Bukit Damansara, Kuala Lumpur

KEKERAPAN menerima undangan persembahan silat untuk perkahwinan adalah menjadi kelaziman buat Silat Show Biz (SSB). Memang itu tujuan penubuhan SSB selain kerap juga menerima undangan persembahan untuk majlis-majlis perasmian pelancaran, persembahan pentas & koreografing. Persembahan seterusnya bagi sessi 2012 ini adalah di Bukit Damansara sempena majlis perkahwinan Sri Zamani & Anis Musfirah.

 

Saturday, January 28, 2012

Majlis Perkahwinan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

SILAT Show Biz diundang untuk membuat persembahan silat di Restoran Seri Melayu bagi majlis perkahwinan Layla & Syafiq.


Sunday, January 1, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya

PEMBUKA tirai tahun baru 2012, persembahan silat SSB yang pertama pada musim ini berlangsung di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya. Ianya sempena perkahwinan gilang-gemilang buat pasangan merpati sejoli iaitu Encik Khairul Azwan b. Mohd dan Cik Noorazlin bt. Md. Yusof. Persembahan itu berlangsung tepat pada tarikh tahun baru 01.01.2012 sebagai simbolik dan detik bahagia bagi mereka berdua memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri hingga ke akhir hayat ;-)