About Us


Gambar kenangan ketika mengadakan persembahan silat di red carpet sempena pelancaran filem tamil 'the robot' lakonan aishwarya rai dan rajinikand di Putrajaya International Centre Confrence (PICC) pada bulan julai 2010.

Silat Show Biz (SSB) di asaskan oleh Cikgu Akmal pada tahun 2010. Walaupun masih hijau tetapi pengalaman SSB dalam bidang persembahan bukanlah masih mentah. Sebelum ini, pada asalnya SSB bergerak mengadakan persembahan secara hobi dan latihan sahaja, tetapi makin lama makin ramai yang membuat permintaan dari SSB untuk mengadakan persembahan terutama Seni Silat. Kini, nama SSB telah ditukar dengan nama kumpulan RENTAK PUSAKA.

Untuk makluman, aktivitivi persembahan Rentak Pusaka (RP) meliputi latihan, persembahan gamelan dan kompang. Mengikut sejarah RP, aktiviti persembahan kami bermula pada tahun 1996, ketika itu bermula dari persembahan dan latihan Seni Silat Sendeng Malaysia. Dari tahun 1996 hingga sekarang, RP telah mengadakan lebih dari 100 persembahan sama ada di majlis-majlis perkahwinan, majlis rasmi, v.i.p, pentas dan cinematografi drama dan filem-filem aksi yang berkaitan dengan aksi pertarungan.