Saturday, July 26, 2014

Pertunjukan Silat di Great Eastern Mall Ampang

 

26 Julai 2014 - Sambungan pada persembahan pertama pada 12 Julai yang lepas. Kali ini ASt diwakili oleh Shahril dan Sharifuddin manakala Cikgu Akmal menjadi 'Bos' merangkap jurugambar. Aksi dimulakan oleh Shahril dengan buah sembah silat. Kemudian Sharifuddin menyusul dengan persembahan solo. Bagi menghangatkan keadaan, Shahril dan Sharifuddin bergasak dalam acara buah jatuh. Alamdulillah semua persembahan berjaya ditamatkan dengan baik.

"Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri"



Saturday, July 12, 2014

Pertunjukan Silat di Great Eastern Mall Ampang

 

12 Julai 2014 - Dua minggu selepas berpuasa ASt kembali beraksi di bulan puasa kali ini. Sebelum ini memang tiada persembahan atau aktiviti silat dijalankan dalam bulan puasa. Alhamdulillah segalanya rezki. Persembahan bagi memenuhi acara sambutan ramadhan dan pra hari raya di Great Eastern Mall Ampang. Cikgu Akmal dan Mohd Shahril 'berjuang' untuk majlis ini. Kepenatan turut terasa namun minat dan tugasan mengatasi segalanya...