Tuesday, February 11, 2014

Majlis Perkahwinan di Taman Puchong Prima


9 Februari 2014 - Pada tarikh ini, AkmalSilat Team berpecah pada dua kumpulan kecil, satu menjadi pengiring pengantin di Dewan Hamzah Klang, satu lagi membuat persembahan silat di Taman Puchong Prima, Puchong. Persembahan kali ini berlangsung diperkarangan rumah pengantin perempuan. Diwakili oleh Hadi, Ridzuan, Ishak dan Cikgu Akmal sendiri. Persembahan kali ini adalah antara persembahan silat pengantin boleh dikatakan lama juga dalam lingkungan 10 minit seperti yang diminta oleh 'pengurusan' majlis perkahwinan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sambut peminat menonton silat sembah amat baik.


Persembahan dimulakan dengan persembahan solo seni tari tangan kosong atau tanda 'sembah salam' untuk pengantin yang tiba oleh Cikgu Akmal. Kemudian, barisan trio Hadi, Ridzuan dan Ishak meneruskan rentak dan momentum persembahan dengan belebat tangan, langkah tiga dan pecah 4. Cikgu Akmal kembali memasuki arena membuta persembahan tari keris sebelum Hadi menyahut cabaran berdepan Cikgu Akmal membuat persembahan buah jatuh. Penutup persembahan disudahi dengan tari lela sembah yang diperagakan oleh Cikgu Akmal, Hadi dan Ridzuan. Apa-apapun, selamat pengantin baru buat Azea dan Anuar ;-)



Monday, February 10, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Hamzah Bandar Klang


9 Februari 2014 - Selain membuat persembahan untuk meraikan pengantin, AkmalSilat Team turut menyediakan perkhidmatan pengiring beruniform silat untuk majlis-majlis perkahwinan dan rasmi. Terbaru ASt sekali lagi berkolabrasi dengan JalalKompang menjayakan perkahwinan yang berlangsung di Dewan Hamzah Bandar Klang tetapi kali ini bukan membuat persembahan silat, sebaliknya turut memeriahkan majlis dengan 'presentation' pengiring beruniform silat lengkap dengan persalinan persilatan melayu. Terima kaseh JalalKompang atas kolabrasi ini sekali lagi dan tidak buat pesilat ASt iaitu Nik Izaham dan Yusof Nor yang 'berani' dan menjadikan majlis tersebut berjalan lancar.