Monday, January 27, 2014

Majlis Perkahwinan di Hotel Saujana Kuala Lumpur


25 JANUARI 2014 - Hampir sebulan tidak melakukan persembahan silat pengantin! Alhamdulillah, seorang dan rakan seperjuangan ASt iaitu Cikgu Jalal dari pasukan JalalKompang telah mengundang ASt meraikan pasangan pengantin 'lama' di Subang Jaya baru-baru ini. Majlis kali ini bukanlah majlis rasmi terbuka pada orang ramai tetapi majlis yang boleh dikatakan seumpama 'family gathering' dari pasangan Peter dan Zainab bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25, Alhamdulillah, AMIN! Moga berkekalan ke akhir hayat...

ASt diwakili hanya dua orang pesilat iaitu Hadi dan Cikgu Akmal sendiri. Mahu tak mahu memang kena hadir... Itulah permintaan rakan-rakan yang jarang melepaskan aksi Cikgu Akmal. Terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan ini. Persembahan berlangsung sekitar 5 minit sahaja. Dimulakan oleh Hadi dengan PECAH EMPAT. Cikgu Akmal menyambung persembahan dengan PECAH DUA BELAS dan TARI KERIS. Persembahan seperti biasa akan disudahi dengan TARI ADAB LELA SEMBAH.