Saturday, April 27, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Masjid Sultan Salehuddin Al-Ayyubi


BUAT kali pertama dalam tahun ini, pasukan AKMALSILAT membuat persembahan secara 'back to back' buat mempelai yang sama. Apabila sama, pengantin lelaki 'memerintahkan' supaya persembahan kali ini tidak sama dengan persembahan pada minggu lepas di Putrajaya. Tiada masalah buat pasukan AS kerana kami sememangnya profesional dalam persembahan. Terima kaseh juga AS ucapakn buat Cik Maria yang memberi kepercayaan buat pasukan AS dalam menjayakan majlis ini.

Persembahan kali ini juga tidak menampilkan pasangan silat yang serupa. Salehudin dan Shahril pula yang mengambil tempat dengan menampilkan persembahan silat yang bertenaga. Buat Akmal pula, kelainan perlu dibuat dan permainan seni tekpi ditampil Akmal. Berbeza dari sebelumnya dengan permainan keris. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan berjaya hendak-Nya.




Sunday, April 21, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya


PUTRAJAYA bukan tempat asing buat pasukan silat sembah AKMALSILAT. Kekerapan mengadakan persembahan dikawasan Putrajaya menjadi kemestian setiap tahun. Untuk awal tahun ini pasukan AS sudah pun beberapa kali berkunjung ke sana, ada di kompleks perbadanan, ada di presint 2, 3, 18, 16 dan dewan serbaguna presint 8 ini. Hari ini, sekali lagi pasukan AS tiba di presint 8 untuk menjayakan persembahan silat buah kedua-dua mempelai iaitu Encik Faizul dan Cik Linda.

Kunjungan kali ini setelah mendapat undangan dari Cik Maria yang juga difahamkan mempunyai kateringnya sendiri untuk majlis-majlis sebegini. Pasukan AKMALSILAT diwakili oleh Mohd. Nizar, Irman dan Akmal sendiri. Terima kasih kami ucapkan juga atas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh wakil Cik Maria iaitu Encik Din dan wakil pengantin Encik Akmal yang melancarkan persembahan kami.




Saturday, April 6, 2013

Majlis Perkahwinan di Taman Lake View Puchong


INI merupakan kerjasama pertama AKMALSILAT dengan Encik Qimie dari Persatuan Putra Selangor. Terima kaseh atas undangan ini, moga-moga kerjasama ini berpanjangan hendak-Nya. Persembahan AKMALSILAT hanya diwakili dua orang sahaja (memenuhi kehendak 'client'). Oleh itu, Akmal dan Irman mewakili AKMALSILAT membuat persembahan pada majlis itu.

Persembahan dimulakan dengan persembahan solo oleh Irman dengan pecah enam dan pecah dua belas. Disusuli Akmal dengan persembahan pecah lapan dan siku keluang. Kemudian, persembahan diakhiri dengan tari sembah silat sendeng iaitu Lela Sembah.