Saturday, May 18, 2013

Majlis Rasmi Expo Perkahwinan dan Fesyen Malaysia Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor


SELEPAS menamatkan persembahan dan seminar di Kolej ICAN, pasukan AS terus bergegas ke Plaza Alam Sentral untk membuat persembahan seterusnya di sana. Kini Shah Alam bukan lagi asing buat pasukan AS kerana terlalu kerap membuat persembahan dikawasan sana ketika. Antara kawasan sekitar Selangor yang kerap kami pergi ialah Shah Alam, Semenyih, Kajang, Rawang, Gombak, Selayang, Melawati dan Batu Caves.

Pada persembahan kali ini, Salehuddin memulakan persembahan dengan tari solo, diikuti dengan persembahan buah jatuh oleh pasang Sharifuddin dan Irman. Akmal pula mempersembahkan tarian senjata iaitu keris. Manakala penutup persembahan seperti biasa tari lela sembah silat sendeng. Terima kasih pada semua yang terlibat termasuk encik Mizan dan isterinya, Siti Rahmah.




Majlis Rasmi Persembahan Seni Beladiri di Kolej ICAN Maxisegar, Pandan Indah


RASANYA, ini merupakan kali pertama AS mendapat undangan menjayakan majlis yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta tempatan. Alhamdulillah, sambutannya diluar jangkaan kerana pihak pengurusan dan para pelajarnya begitu 'cintakan' seni bela diri rupa-rupanya. Ini termasuk sokongan padu dari beberapa orang pensyarah kolej tersebut yang menguatkan lagi semangat AS untuk memberikan persembahan sambil tida mengecewakan pihak penganjur.

AS memulakan persembahan dengan Salehuddin membuka tirai dengan persembahan solo. Kemudian, pasangan Irman dan Sharifuddin mempersembahkan permainan buah jatuh. Slot ketiga disulami oleh Akmal dengan persembahan tari senjata keris dan pecah dua belas. Persembahan penutup seperti biasa dengan tari lela sembah yang menjadi identiti kumpulan AS.