Sunday, March 31, 2013

Majlis Perkahwinan di Jalan Raja Uda Kampung Baru Kuala Lumpur


PERSEMBAHAN di Wangsa Maju diserahkan pada kumpulan kedua pasukan AKMALSILAT. Bagi persembahan yang sama ianya berlangsung di rumah no.5, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Persembahan ini sekali lagi atas usahasama dengan sahabat AKMALSILAT iaitu Encik Mizan yang sudi mengundang kami menjayakan persembahan silat sembah pengantin.

Persembahan ini diwakili oleh Alif, Irman, Salehuddin dan Akmal sendiri. Pada mulanya pihak AKMALSILAT akan mempersembahkan persembahan berkumpulan tetapi membatalkan cara persembahan tersebut kerana lokasi atau tapak persembahannya tidak mengizinkan untuk kami melakukannya. Oleh itu, persembahan secara solo sahaja yang boleh kami buat. Namun ianya tetap mencuri tumpuan hadirin yang hadir pada majlis itu.

Persembahan dimulai dengan Alif mempersembahkan pecah 6, Irman dengan pecah 12, Salehuddin dengan pecah empat dan Akmal dengan tari keris dan lela sembah.




Majlis Perkahwinan di Dewan Seksyen 10 Wangsa Maju

PADA tarikh ini, pasukan AKMALSILAT berpecah dua kerana terpaksa membuat persembahan di dua lokasi berbeza pada masa yang sama. Satu di Wangsa Maju dan satu lagi di Kampung Baru. Oleh itu persembahan di sini AKMALSILAT mewakili pesilat lelaki dan pesilat perempuan terdiri Hamdan, Shariffuddin, Noor Hafiqah dan Fatin.

Persembahan mereka dimulai secara berkumpulan dari pelebat 1 hingga 4 diikuti langkah tiga dan langkah laksamana. Kemudian disusuli persembahan solo oleh Sharifuddin dengan gerakan pecah empat dan tari sumbang. Kemudian persembahan diteruskan dengan persembahan tari silat secara penutup berkumpulan dengan lela sembah.


Saturday, March 30, 2013

Majlis Perkahwinan di Seksyen 8, Jalan Lembangan, Shah Alam


BAGI tahun 2013 ini, bulan Mac ini adalah kekerapan aktiviti persembahan kami yang paling pada dan menyamai rekod pada tahun 2012 dalam bulan disember sebanyak 6 kali. Tahniah dan syukur kami ucapakan khasnya buat pasukan AKMALSILAT, moga-moga akan terus sukses dan maju jaya hendak-Nya. Manakla Shah Alam adalah lokasi sinonim buat pasukan AKMALSILAT mengadakan persembahan dan persembahan ini atas undangan sahabat kami juga iaitu Encik Mizan yang sering berkolabrasi dengan AKMALSILAT.

Terima kaseh juga kami ucapkan buat tuan rumah yang ramah dan sudi melayan kami sebagai tetamu persembahan dengan secara eksklusif. Makanan yang disajikan juga enak dan membuka selera. Tepat jam 1.30ptg, kedua mempelai tiba diperkarangan rumah pengantin yang diiringi paluan kompang. Sesudah tiba, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sejurus tamat doa, persembahan silat dimulakan. Pasukan AKMALSILAT kali ini diwakili oleh Irman, Sharifuddin, Nazrul dan Akmal.

Persembahan dimulakan persembahan solo oleh Sharifuddin dengan Langkah 3, diikuti oleh Irman dengan Pecah 12, Nazrul dengan pecah 6 Toya, Langkah Laksamana dan Akmal dengan tari keris yang menjadi kebiasaanya. Setelah selesai persembahan solo buat keempat-empat pesilat tersebut, penutupnya pasukan AKMALSILAT me'lagu'kan tari lela sembah yang sememangnya menjadi identiti Silat Sendeng.




Saturday, March 16, 2013

Majlis Rasmi di Taman Metropolitan Jalan Ipoh

TANPA diduga majlis ini merupakan majlis rasmi yang mendapat liputan media massa seperti televisyen dan akhbar. Ini kerana perasmian tersebut telah dihadiri oleh orang kenamaan. Antara wakil media yang hadir adalah stesen TV RTM. Namun begitu persembahan silat AKMALSILAT tidak berkesempatan untuk dipertontonkan pada media tersebut kerana giliran persembahan kami lewat sedikit.

Namun begitu, pasukan AKMALSILAT tetap hadir memberi persembahan demi undangan oleh sahabat seperjuangan juga iaitu Encik Ariey Mustafa. Pasukan AKMALSILAT diwakili oleh Siti Nuratikah, Noor Hafiqah, Sharifuddin, Salehuddin dan Akmal Sendiri. Selain silat, terdapat pelbagai persembahan seperti aerobik, senaman, kebudayaan cina dan banyak lagi demi majlis amal yang dilakukan untuk orang ramai.

Sunday, March 10, 2013

Majlis Rasmi di Dewan Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang


JIKA pada 2 Mac 2013 (minggu lepas) buat kali pasukan AKMALSILAT mengadakan persembahan di tempat yang sama. Pada hari ini pula, pasukan AKMALSILAT diundang buat kali kedua oleh setiausaha Persatuan Bugis Selangor iaitu Encik Romazi untuk mengadakan persembahan Silat Sendeng pada majlis perasmian mesyuarat agung persatuan bugisnya yang berlangsung di dewan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

Persembahan AKMALSILAT mempersembahkan Silat Sendeng dirasmi dan disaksikan oleh YAM Tengku Aris Temenggong Selangor dan ternyata beliau tertarik dengan persembahan tersebut. Pada Persembahan itu, AKMALSILAT diwakili oleh Nur Fatin, Siti Nuratikah, Hamdan, Shariffuddin dan Akmal sendiri. Uniknya, persembahan kali ini dilangsung dengan jangka masa yang pendek iaitu sekitar 3 minit sahaja, berbeza pada persembahan terdahulu selama 30 minit.

Alhamdulillah, segalanya mengikut apa yang dirancang. Persembahan dilakukan secara variasi dalam satu masa. Apabila naik sahaja ke pentas, Sharifddin, Hamdan, Siti dan Fatin membuka tari Silat Sendeng dan Akmal melakukan tari keris secara solo. Satu persembahan yang amat jarang dilakukan oleh pasukan AKMALSILAT, namun ianya berjaya menarik perhatian umum.




Saturday, March 2, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor

INI merupakan buat kali kedua pasukan AKMALSILAT mengadakan persembahan disini. Kali pertama adalah pada 5 Jun 2011 sempena perkahwinan sahabat dan juga perancang majlis perkahwinan iaitu Encik Kashfi. Untuk persembahan ini, AKMALSILAT diwakili oleh Irman, Shariffuddin, Shahril dan Akmal sendiri bertindak sebagai ketua persembahan.

Persembahan dimulakan dengan persembahan duo (regu Irman & Sharifuddin) dengan belebat dan langkah 3. Menyusul kemudian persembahan solo Shahril dengan tari silat yang dipelajarinya. Shahril adalah antara pesilat jemputan yang dipanggil oleh AKMALSILAT sebagai rakan kolabrasi. Tamat persembahan Shahril, giliran Irman menyambung kesinambungan persembahan silat Sendeng dengan pecah 12.

Seperti biasa, Akmal sendiri akan membuat persembahan solo senjata seperti keris untuk tatapan para tetamu dan kedua mempelai. Persembahan penutup AKMALSILAT disudahi dengan tari trio lela sembah Silat Sendeng yang dikepalai Akmal Edge.