Monday, November 28, 2011

Majlis Perkahwinan di Pandan Lake Club, Pandan Indah, Kuala Lmpur

TANPA di duga, satu majlis perkahwinan Cik Sara dan En. Yap, pertemuan kembali 'senior-senior' dalam pembikinan persembahan, Silat Show Biz pimpinan Cikgu Akmal, kembali bekerjasama semula dengan rakan-rakan seperjuangan seperti kumpulan kompang Al Ezhar pimpinan Cikgu Jalal dan kumpulan Gamelan En. Fairuz dalam satu majlis. Majlis itu berlangsung di Pandan Lake Club baru-baru ini.

Monday, November 14, 2011

Majlis Perkahwinan di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor

SEPERTI biasa Silat Show Biz tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis-majlis perkahwinan kerana memenuhi tuntutan persembahan silat 'pengantin'. Pada kali ini, SSB membuat persembahan silat bersama pasukan kompang Al-Ezhar cawangan Seksyen 24, Shah Alam, dibawah pimpinan Cik Azlina bagi menjayakan majlis perkahwinan Cik Bazilah di Seksyen 11.

Sunday, November 13, 2011

Majlis Rasmi di Perkarangan Wangsa Walk, Wangsa Maju Seksyen 5, Kuala Lumpur

SILAT Show Biz yang bernaung di bawah MESTRE MEDIA, turut mendapat jemputan membuat persembahan pada majlis perasmian & penutupan pertandingan akhir pencarian chef SAJI yang di anjurkan oleh Majalah SAJI keluaran Utusan Karya (M) Sdn Bhd dengan kerjasama WANGSA WALK.

Tuesday, November 1, 2011

Majlis Rasmi di First Avenue, Damansara Utama, Selangor

SILAT Show Biz (SSB), turut berpengalaman dalam membuat persembahan di majlis-majlis V.I.P, dan yang terbaru ialah terlibat majlis perasmian pembukaan cawangan PAY PAL Malaysia di First Avenue, Damansara Utama. Majlis turut hadiri dan dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir.