Sunday, May 27, 2012

Majlis Perkahwinan di Taman Nakhoda, Batu Caves, Selayang, Selangor

- no.pix -
 
MERUPAKAN salah satu pelanggan SSB yang membuat 'tempahan' saat-saat akhir. Namun, tiada masalah untuk itu, yang penting kita dapat membantu mereka yang membuat persiapan saat akhir. Bagi pengantin lelaki iaitu Encik Azreen dan pasangannya, Azura, pada asalnya tidak terlintas ingin menempah persembahan sebaliknya pasukan kompang. Namun, pasukan kompang yang dijanjikan tidak dapat hadir pada hari majlis. Pada mulanya SSB cuba membantu mendapatkan pasukan kompang tetapi gagal kerana semua pasukan kompang yang SSB kenali telah pun padat jadualnya. Sebagai ganti, persembahan silat untuk meraikan kedua-duanya pasangan yang berimej minangkabau.

Saturday, May 26, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna MPS, Taman Selaseh, Selayang, Selangor


PERSEMBAHAN SSB yang kedua pada hari yang sama adalah di Dewan Serbaguna Majlis Pembandaran Selayang untuk majlis perkahwinan pasangan mempelai Hilma Hanani Jarni & Razyff Hj Mohd Rozi. Majlis ini adalah undangan sahabat SSB iaitu kumpulan kompang Al-Ezhar dibawah pimpinan Cikgu Jalaluddin Masot yang sering berkolabrasi dengan SSB. Terima kaseh atas undangan dan dari pihak SSB amat senang berurusan dengan kumpulan Jalal Kompang.

Majlis Perkahwinan di Dewan Nusa Bakti, Bandar Bar Ampang, Ampang, Selangor

- no.pix -
 
SETELAH dua bulan 2 hari tanpa mendapat undangan persembahan, buat julung kali mendapat 2 undangan persembahan dalam hari yang sama. Oleh itu, SSB terpaksa berpecah pada dua kumpulan dalam satu masa. Satu di Bandar Baru Ampang dalam majlis meraikan pengantin. Setelah selesai lain pula jadinya, sehingga kini sudah hampir sebulan, SSB belum menerima bayaran penuh dari pengantin walaupun dihamburkan janji-janji yang akan menunaikan pembayaran pada tarikh yang ditetapkan. Lebih memalukan, pihak pengantin langsung tidak membuat maklum balas walaupun pihak SSB menelefon atau SMS, satu pun tidak dibalas selepas berjanji mahun menyelesaikannya pada tarikh yang ditetapkan.