Sunday, December 30, 2012

Majlis Perkahwinan di Taman Tasik Semenyih, Kajang, Selangor

- no. pix -

SALAH satu persembahan yang jauh pernah dilakukan SSB. Persembahan tersebut bagi meraihkan pasangan pengantin Cik Camelia dan Encik Zulkarnain yang diijabkabulkan pada hari sabtu yang lalu. Pada hari ahadnya, mereka bersanding di perkarangan rumah pengantin perempuan di no.38, Jalan TTS 5, Taman Tasik Semenyeh. SSB diwakili 3 orang pesilat membuat persembahan bagi meraikan pasangan mempelai bertuah ini dengan gilang gemilang. Mereka bertiga ialah Irman, Sharifuddin dan Alif. Terima kasih pada semua yang terlibat.

Sunday, December 16, 2012

Majlis Perkahwinan di Shah Alam Convention Centre (SACC)


MAJLIS ini dijayakan atas kerjasama salah seorang perancang perkahwinan iaitu Encik Mizan yang sering menjemput SSB membuat persembahan pada majlis-majlis mereka. Terima Kaseh! Majlis berlangsung agak lambat kerana masalah teknikal yang berlaku oleh pengurusan penganjur. Buat kali pertama, persembahan silat berjaya dimulakan sekitar pukul 4 petang. Membuatkan perut kami keroncong dan berlagu. Mahu tidak mahu, SSB perlu sabar menunggu untuk membuat persembahan. 

Persembahan SSB diletakkan antara giliran kedua akhir sebelum pasukan tarian. Alhamdulillah, segalanya dapat berakhir dengan baik dan pihak SSB ucapkan tahniah buat pasangan pengantin Siti Fatimah dan Muhammad Abdul Ghaffar, tetap melayan kami dengan baik walau berlaku sedikit kesilapan teknikal.

Saturday, December 15, 2012

Majlis Perkahwinan di AU1 Keramat, Kuala Lumpur

- no.pix -
 
PADA hari sabtu tanggal 1 Safar 1434 Hijrah, adalah tarikh gembira buat pasangan mempelai, Wardatun dan Iskandar melangsung majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan di Au1 Keramat. Terima kaseh kami tujukan pada pihak tuan rumah melalui wakil pengantin perempuan iaitu Encik Razi, yang prihatin dan kerjasama yang diberikan serta bertungkus lumus untuk menjayakan majlis dengan meriah sekali. Majlis yang berlangsung dalam cuaca yang redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah tanda majlis tersebut mendapat keberkatan. Persembahan SSB pada tengahri itu diiringi oleh paluan gendang silat secara 'live' yang banyak menaikkan semangat pesilat SSB beraksi dengan mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin.

-

Sunday, December 2, 2012

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Sri Petaling, Kuala Lumpur

- no.pix -
 
SEPERTI sedia maklum tertakluk dalam kalendar persembahan SSB, bulan disember ini sememangnya bulan boleh tahan sibuknya dengan aktiviti persembahan. Kali ini SSB memenuhi pula permintaan tuan rumah iaitu Encik Yusof bagi meraikan pasangan pengantin anak perempuannya. Sekali lagi SSB tidak menyangka, pihak tuan rumah ini rupa-rupanya ada pertalian dengan menteri besar selangor, Dato' Seri Khalid. Persembahan silat SSB ini juga adalah hasil 'rekomen' sahabat kompang bandar tun razak iaitu encik Abu Bakar. Selepas solat zuhor, SSB memulakan persembahan yang diwakili oleh dua orang pesilat iaitu Akmal dan Salahuddin sambil diiringi dengan paluan kompang secara 'live'.

Saturday, December 1, 2012

Majlis Perkahwinan di Hotel UiTM, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor

- no.pix-

PADA sebelah siangnya SSB menerima undangan persembahan di Kemensah Height, belakang Zoo Negara. Pada sebelah malam tarikh yang sama, SSB memenuhi permintaan persembahan oleh sahabat biasa SSB iaitu encik Mizan (Perancang Majlis Kahwin) bagi meraikan kedua-dua mempelai Encik Zaidi & Isteri pada majlis resepsi yang penuh gilang gemilang. SSB memulakan persembahan tepat jam 9 malam dan persembahan silat diwakili oleh Akmal, Sharifuddin, Irman dan Alif.

Majlis Perkahwinan di Kemensah Height, Ampang, Selangor

- no.pix -

BULAN Disember 2012 ini merupakan bulan penghujung dalam kalendar masihi, tanda sebagai bulan penutup tahun 2012 sebelum tirai 2013 menjelma. Ketika itu lah juga keadaan persiaan majlis perkahwinan terutama bangsa melayu. Oleh itu SSB juga tidak ketinggalan dalam menyerikan majlis perkahwinan dengan persembahan silat buat santapan mata Raja Sehari.

1 Disember, SSB telah diundang untuk membat persembahan silat atas 'rekomen' pasukan kompang encik Abu Bakar (Taman Tun Razak) yang sering berkolabrasi dengan SSB sejak tahun 2010 lagi. Secara kebetulan perkahwinan ini adalah majlis perkahwinan anak saudara 'Nash' (penyanyi rock kumpulan Lefthanded). Tepat pukul 1.30 petang SSB mempersembahkan persembahan silat yang mendapat perhatian para 'Rela' yang bertugas.

Persembahan SSB pada majlis itu, diwakili oleh empat orang pesilat iaitu Sharifuddin, Syafiee, Wafa dan Adik Syafiee.