Sunday, October 27, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3


27 OKTOBER 2013 - Pasukan duo ASt menerima undangan persembahan oleh Encik atau lebih dikenali sebagai Cikgu JalalKompang dari Persatuan Kompang Al-Ezhar. Untuk makluman, beliau antara sahabat sering seiring membuat persembahan bersama-sama dalam sesuatu majlis. Tanpa banyak 'rundingan' selalu segala urusan akan mecapai kata sepakat yang cepat. Pada tarikh ini ASt diundang untuk memeriahkan majlis perkahwinan kedua mempelai manis rupanya iaitu Encik Abdul Waffi dan pasangan tercintanya Izni Fatin.

ASt pada kali diwakili oleh Amirul Asyraf dan Cikgu Akmal. Persembahan dimulakan oleh Amirul dengan Langkah Laksamana, Langkah Tiga dan Pecah Empat. Manakala Cikgu Akmal memperagakan persembahan Pecah 12 dan Tari Keris. Sebagai penutupan persembahan, pasangan duo ini mempersembahkan Tari Lela Sembah yang sememangnya menjadi identiti persembahan silat ASt. Terima kaseh diucapkan pada Cikgu Jalal atas kerjasama ini lagi dan buat pasangan mempelai, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.





Sunday, October 13, 2013

Majlis Perkahwinan di Taman Ukay Perdana


PADA 13 Oktober 2013 bersamaan hari ahad merupakan aktiviti ASt umpama 'sambil menyelam minum air'. Pada hari ahad adalah hari latihan bagi gelanggang Wangsa Maju di seksyen 1. Tamat latihan, pasukan ASt terus bergegas ke lokasi majlis perkahwinan yang tidak jauh dari situ iaitu di Taman Ukay Perdana, Ulu Kelang. Terima kaseh En. Jalal iatu team Jalal Kompang yang mengundang kami ke majlis tersebut.

Persembahan ASt diwakili oleh Cikgu Akmal sendiri dan pembantunya Sharifuddin. Persembanhannya ringkas tapi padat. Persembahan dimulakan oleh Sharifuddin dengan 'Langkah 3 dan Pecah 4'. Diikuti Cikgu Akmal sendiri dengan 'Pecah 12 dan Lela Sembah' sebagai penutup persembahan. Majlis begitu meriah diringi dengan angin bertiup 'melembutkan' cuaca yang agak panas. Selamat Pengantin Baru Buat NADIA dan IZAT. ;-)