Saturday, October 25, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Marina Putrajaya

-

25 Oktober 2014 - Penutup 'show' ASt bagi bulan 10 ini. Ianya berlangsung di Dewan Marina Putrajaya dengan menikmati pandangan tasik yang menenangkan hati dan pandangan. Begitu juga dengan majlis persembahan dan perkahwinan yang berjalan lancar dan meriah. Kali ini ASt bersama pasukan kompang meraikan pasangan pengantin iaitu Nisa dan Rizki yang menjadi raja sehari pada tengahari tersebut. Tahniah, semoga berbahagia hendakNya inshaAllah

Persembahan ASt diwakili dua pesilat iaitu Shawal dan Cikgu Akmal. Terlebih dahulu Shawal membuka langkah persembahan dengan langkah laksamana, langkah tiga dan pecah empat. Kemudian Cikgu Akmal menyambung rentak persembahan 'medley' tari pecah enam, lapan dan dua belas. Penutupnya tari sembah silat sendeng di'hadiah'kan buat pasangan mempelai dengan tertib dan hormat.



Saturday, October 18, 2014

Majlis Perkahwinan di Taman Mulia Pajam, Nilai

---------------------------------------------
18 Oktober 2014 - Selain di Putrajaya, ASt turut membuat persembahan di majlis perkahwinan di Nilai iaitu bagi meraikan pasangan pengantin Aizat dan Syahida. ASt berkolabrasi dengan pasukan kompang, gamelan dari AGIM dan pemain angklung iaitu Farouk. ASt diwakili Cikgu Akmal seorang untuk membuat sembah silat di taman perumahan 'bangsawan pedalaman' iaitu Taman Mulia yang terletak di Pajam, Nilai. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kerana risau juga kerna tidak pernah bertandang ke sana dek 'tersesat' jalan nanti.

Persembahan solo Cikgu Akmal lebih kepada solo tari sembah pengamtin dan pecah kuntau sahaja serta tiada permainan senjata seperti keris yang menjadi kebiasaan rasmi. Ini kerana sekali sekala perlu 'rest' sedikit. Kadang-kadang bila keris dihunus ada pula yang terkejut dan ketakutan... hihihi... apa-apapun, tahniah buat pasangan pengantin Aizat dan Syahida ;-)




Majlis Perkahwinan di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya


18 Oktober 2014 - Persembahan pertama ASt pada minggu ini adalah di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya. Bukanlah lokasi asing buat ASt yang sinonim di kawasan Putrajaya ini kerana kerap 'beraksi' di sana. Antara lokasi kerap ASt kunjungi untuk tujuan persembahan ialah di Dewan Seri Melati, Dewan Seri Siantan di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Selain itu, Dewan Serbaguna di Presint 8 juga antara lokasi persembahan yang selalu ASt dan juga Presint 16.

Persembahan kali ini diwakili oleh dua orang pesilat iaitu Riduan dan Danish. Persembahan ini bagi meraikan pasangan mempelai Hiziani Sofya dan Mohd Faris yang menjadi pasangan bahagia dan raja sehari pada majlis tersebut. Tahniah ASt ucapkan!



Saturday, October 11, 2014

Majlis Perkahwinan di Taman Boungevilla Seksyen 9 Shah Alam

------------------------------------------------------
11 Oktober 2014 - Inilah dinamakan 'makan sampai pengsan'! Mana tidaknya, jika tidak silap inilah kali pertama kami meraikan pasangan mempelai dengan dijamu kepada kami oleh pihak tuan rumah begitu banyak makanan. Tidak terbilang sehingga tidak 'reti' kami untuk memakannya. Nasi minyak cenderawasih, ayam masak merah, daging lembu, kambing panggang, tapai, kuih kuachi, aiskrim, aneka coklat, satay, bubur, buah-buahan dan minuman. Alhamdulillah rezki Allah swt.

Seperti dimaklumkan tadi, sememangnya minggu ini minggu persembahan 'sempit'. Jika di dewan gemilang felda terpaksa dua pesilat beraksi di atas pentas yang sempit kali ini di taman boungevilla ini saya terpeksa beraksi solo diatas pelantar karpet merah yang muat seperti laluan lorong seorang pejalan kaki. Wah! hebat minggu ini. Segalanya bukan kesukaran buat ASt kerana sudah lali dan biasa dengan cabaran ini sebab kami kerap 'beraksi'. Terima kaseh kami ucapkan buat pihak pengantin kerna jamuan yang disediakan cukup lazat ;-)




"...Selamat Pengantin Baru buat Hafez dan Arnie..."

Majlis Perkahwinan di Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya


11 Oktober 2014 - Persembahan pembuka tirai bulan oktober 2014 nih... Alhamdulillah, ASt menerima dua undangan persembahan silat di dua tempat berasingan. Satu di Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya dan satu di Taman Boungevilla, Seksyen 9, Shah Alam, benar-benar dibelakang hotel Concorde di tapak taman rekreasi. Persembahan di Dewan Gemilang Felda diwakili dua pesilat iaitu Sharifuddin dan Shawal. Kira minggu ini minggu pesilat ASt terpaksa dalam ruang silat sembah yang kecil. Di sini terpaksa di atas pentas betulbetul didepan pengantin. Silap 'step' pasti jatuh ke bawah dari atas pentas! Alhamdulillah tiada insiden memalukan... hihihi ;)



"...Selamat Pengantin Baru buat Ameerul dan Maryam..."