Sunday, February 24, 2013

Majlis Rasmi EXPO Perkahwinan & Fesyen Pakaian Melayu di Anggerik Shopping Mall, Shah Alam


BUAT julung kalinya pasukan AKMALSILAT diundang membuat persembahan bagi menjayakan majlis rasmi perkahwinan adat melayu di Anggerik Mall Shah Alam. Undangan ini adalah atas jemputan khas oleh perancang majlis perkahwinan iaitu encik Mizan dibawah anjuran MnZ Creative yang sering berkolabrasi dengan kami. Untuk memeriahkan majlis itu AS menghantar 5 orang wakil pesilat bagi tujuan itu. Mereka ialah Akmal, Salehuddin, Siti Zulaekhah, Fatin Nabilah dan Noor Hafiqah.

Pasukan AS memulakan persembahan selepas model pengantin duduk singgah diatas pelamin yang disaksikan ramai hadirin yang datang. Persembahan AS dimulakan dengan belebat asas 1,2 dan 4 disusuli dengan langkah tiga. Kemudian persembahan solo oleh Salehuddin dengan pecah 6 manakala Akmal sendiri membuat persembahan solo pecah 12 dan bunga keris 1. Persembahan AS diakhiri dengan lela sembah secara berkumpulan. Setelah tamat, kami dimaklumkan oleh penganjur supaya melakukan kembali persembahan silat kerana mendapat sambutan oleh penganjur sendiri.

Terima kasih atas penghargaan dan penghormatan tersebut, sesuatu yang tidak dijangka. Kami tidak menolak permintaan itu dan mempersembahkan kembali tari silat pengantin seperti biasa namun berbeza pula persembahannya. Selepas persembahan solo oleh pesilat AS, Akmal mempersembahkan seni permainan tekpi buat julung kali dan berjaya menarik perhatian.