Saturday, May 18, 2013

Majlis Rasmi Persembahan Seni Beladiri di Kolej ICAN Maxisegar, Pandan Indah


RASANYA, ini merupakan kali pertama AS mendapat undangan menjayakan majlis yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta tempatan. Alhamdulillah, sambutannya diluar jangkaan kerana pihak pengurusan dan para pelajarnya begitu 'cintakan' seni bela diri rupa-rupanya. Ini termasuk sokongan padu dari beberapa orang pensyarah kolej tersebut yang menguatkan lagi semangat AS untuk memberikan persembahan sambil tida mengecewakan pihak penganjur.

AS memulakan persembahan dengan Salehuddin membuka tirai dengan persembahan solo. Kemudian, pasangan Irman dan Sharifuddin mempersembahkan permainan buah jatuh. Slot ketiga disulami oleh Akmal dengan persembahan tari senjata keris dan pecah dua belas. Persembahan penutup seperti biasa dengan tari lela sembah yang menjadi identiti kumpulan AS.