Sunday, August 25, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Jubli Perak Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur


BUAT pertama kali, AkmalSilat Team diundang membuat persembahan diluar kawasan lembah klang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan meriah. Kunjung ASt ada kebaikannya kerana disebabkan majlis ini pertemuan dan kolabrasi dengan pasukan gendang silat termeterai. InshaAllah, selepas ini kami akan berkolabrasi dalam apa-apa majlis persembahan jika ada permintaan untuk persembahan silat dan gendang secara 'live'. Sebelum ini, ASt hanya menggunakan muzik silat sembah menggunakan muzik rakaman yang dibuat dalam CD.

Persembahan kali ini tanpa ketuanya, Cikgu Akmal. Pada kali beliau menjai 'Tuan Pengurus'. Ketua persembahan kali ini diamanahkan pada Sharifuddin dan dibantu oleh Syawal dan Mohd Akmal (Besar). Alhamdulillah, persembahan berjalan lancar dan kemas. Tahniah!




Sunday, August 18, 2013

Majlis Perkahwinan di Taman Kanagapuram Seksyen 18 Jalan Klang Lama


SEMALAM mengadap Sultan dan Menteri Besar Selangor serta pasangan mempelai, hari ini mengadap 'Raja Sehari' pula... Begitulah jika kebiasaan pasukan persembahan AS padat jadualnya pada hujung minggu... Persembahan kali ini diwakili oleh Sharifuddin, Fatin, Aliya dan Akmal sendiri. Terima kasih juga AS tujukan buat tuan rumah iaitu encik Zul kerana mengundang dan melayan kami dengan sopan dan hormati.

Persembahan dimulakan dengan belebat 1-4 oleh Sharifuddin, Aliya dan Fatin. Kemudian Fatin dan Aliya mengambil alih persembahan dengan pecah 6. Giliran Sharifuddin membuat pecah 4 sebelum Cikgu Akmal membuat persembahan solo pecah 12 dan tari bunga keris. Persembahan penutup, kesemua pesilat membuat tari lela sembah sebagai tanda akhirnya persembahan.




Saturday, August 17, 2013

Majlis Perkahwinan di Setia Alam Convention Centre Klang


INI merupakan persembahan pembukaan buat bulan ogos setelah berakhir puasa di bulan ramadhan. Terima kasih AS tujukan buat encik Jalal (JalalKompang) atas undangan yang begitu bermakna buat pasukan persembahan AS. Pertama kali juga AS mengadakan persembahan dan kagum dengan keadaan persekitaran yang cantik mata memandang.

Persembahan bermula pada jam 9 malam ini disertai 4 orang pesilat dari team AS terdiri daripada Sharifuddin, Syawal, Fatin dan Akmal sendiri. Ketibaan awal kami dimulakan dengan rehearsal, al-maklumlah nak buat mengadap Sultan disamping kehadiran Menteri Besar Selangor yang merupakan 'tuan rumah' majlis ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...




Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri 2013 (1434 H)


Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fir; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
-
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
-
Akhir kata, terimalah salam Aidilfitri dari warga AKMALSILAT buat semua muslimin dan muslimat serta para 'client' kami semua. Jika ada salah dan silap, kami memohon sepuluh jari tanda keampunan. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...