Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
-
Hari
Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu
bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu
maghrib di beberapa tempat strategik.
-
-
Akhir kata, terimalah salam Aidilfitri dari warga AKMALSILAT buat semua muslimin dan muslimat serta para 'client' kami semua. Jika ada salah dan silap, kami memohon sepuluh jari tanda keampunan. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...