Saturday, November 16, 2013

Majlis Perkahwinan di Taman Gombak Permai, Batu Caves, Gombak


16 NOVEMBER 2013 - Sama seperti minggu lepas, kesukaran mencari lokasi majlis menjadi agenda 'setempat' yang perlu diatasi oleh Cikgu Akmal. Padahal kawasan Gombak antara tempat yang 'familiar' buat ASt. Hampir sejam mencari akhirnya baru tiba. Nasib baik kami keluar awal. Alhamdulillah, walau bagaimanapun ASt belum lagi gagal tiba pada masa yang ditetapkan. Persembahan kali ini diwakili oleh Hadi, Sharifuddin dan Cikgu Akmal sendiri.

Persembahan berlangsung dalam suasana panas sejuk dan hujan secara tiba-tiba. Namun begitu, segalanya berjalan lancar. Hadi dan Sharifuddin memulakan persembahan dengan acara beregu. Persembahan dimulakan dengan belebat, langkah tiga dan pecah 4. Cikgu Akmal pula menguasai gelanggang persembahan dengan pecah 12, tari keris dan lela sembah.




Sunday, November 10, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Sungai Pinang, Jalan Labis, Klang


10 NOVEMBER 2013 - Klang, bandar diraja Selangor, termasuk ini rasanya sudah kali ketiga ASt membuat persembahan di sana sama ada untuk majlis perkahwinan ataupun majlis rasmi. Kali ini setelah mendapat undangan dari pihak 'wedding planner' Encik Nizan, ASt membuat persembahan silat pengantin Sungai Pinang pula. Sukar nak menemui tempat lokasi berlangsungnya majlis. Nasib baik salah seorang pesilat ASt yang membuat persembahan tinggal di sana. Itupun terpaksa 'explore' betul-betul baru berjaya.

Persembahan kali ini diwakili oleh Zaid, Nik Izaham, Hadi dan Cikgu Akmal sendiri. Turut serta pada majlis tersebut ialah Yusof memberi bantuan sokongan buat sahabat yang melakukan persembahan. Aksi dimulakan oleh Zaid dengan persembahan solo. Kemudian diikuti oleh persembahan regu oleh Hadi dan Nik. Giliran Cikgu Akmal menunjukkan ketangkasan bermain senjata dalam tari keris. Persembahan disudahi dengan tari lela sembah berama-ramai.




Saturday, November 2, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi

 
2 NOVEMBER 2013 - Persembahan pembuka bulan november 2013 ini. Kali ini agak jauh sedikit dari kawasan. Ertikata lain, 'job' luar kawasan ler... ASt menerima undangan persembahan silat bagi meraikan pasangan mempelai Encik Khalid dan Cik Mariani di Salak Tinggi. Tempat langsung majlis gilang gemilang ini bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Pasukan ASt kali ini diwakili oleh pesilat-pesilat dari gelanggang Wangsa Maju dan Puchong. Mereka ialah Sharifuddin, Shawal, Azim dan Cikgu Akmal sendiri.

Persembahan dimulakan dengan trio Azim, Shawal dan Sharifuddin memperagakan persembahan belebat dan langkah tiga. Kemudian Sharifuddin mengambilalih dengan persembahan solo pecah 4 sebelum Cikgu Akmal sendiri menutup persembahan dengan pecah 12, tari keis dan lelal sembah. Persembahan kali ini rasanya belum pernah dilakukan kerana ruang untuk persembahan terlalu tinggi dan terhad. Namun begitu, ianya bukan halangan buat ASt kerana sudah biasa dan bersedia dengan apa jua keadaan. Persembahan yang dirancang tetap mengikut perancangan. 

Selamat Pengantin Baru, buat Encik Khalid dan isterinya tercinta, Cik Mariani, Moga berbahagia hingga ke akhir hayat, Amin ;-) Ikhlas dari ASt.