Saturday, May 24, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Centrum Taman Setiawangsa


24 Mei 2014 - Persembahan solo di majlis perkahwinan yang berlangsung di dewan Centrum Taman Setiawangsa. Apabila berseorangan terasa janggal dan bosan terutama menunggu detik bermulanya majlis tersebut. Apa-apapun tugasan diberikan dipikul dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Kedatangan mesti awal paling tidak pun 30 minit sebelum berlangsung majlis.

Cikgu Akmal beraksi secara solo dan persembahan dilakukan diluar pintu masuk dewan. Berpencak secara solo dalam jangkamasa 5 minit bukan masalah buat Cikgu Akmal yang juga seorang koreografer silat untuk filem dan komersil.



Saturday, May 17, 2014

Majlis Perkahwinan di Bukit Jelutong, Shah Alam


17 Mei 2014 - Kali ini sudah masuk kali ke berapa ASt beraksi di 'tanah' Bukit Jelutong nih... Tapi masih belum 'expert' lagi tentang selok belok jalan-jalan kawasan perumahan di sini. Bukannya serabut tapi tak faham susun letak penempatan disini susah dan mengelirukan bagi Cikgu. Namun begitu kami ASt tidak pernah lah sesat sehingga gagal menemui rumah pengantin. Alhamdulillah walaupun masih demam, selsema dan sebagainya kami berjaya menunaikan misi kami.

Persembahan kali ini diwakili Azim, Akmal, Shawal dan Sharifudin yang 'regular' dengan aktiviti persembahan. Syabas untuk anda semua. Pembuka persembahan kali ini dimulai oleh Cikgu Akmal. Tidak seperti biasa Cikgu Akmal akan beraksi kemudian. Ini kerana ketidaktahanan Cikgu Akmal pada hari tersebut kerana masalah kesihatan menyebabkan beliau beraksi awal. Kemudian, persembahan trio oleh Azim, Shawal dan Sharifuddin menjadi babak kemudian dan terus menutup persembahan dengan tari lela sembah.





Sunday, May 11, 2014

Majlis Perkahwinan di Mahkota Club, Inspen Abu Bakar Baginda & Dewan Komuniti Sentul


11 Mei 2014 - Rasanya ini kali pertama dalam tahun ini ASt mendapat jemputan persembahan silat pengantin di tiga tempat berbeza dalam satu masa. Akibatnya pesilat kumpulan ASt berpecah tiga. Cikgu Akmal bersama Azim menjayakan majlis di Nilai 3 (Mahkota Club), Amirul dan Tengku beraksi di Inspen Abu Bakar Baginda dan Nik, Yusof, Shawal dan Sharifuddin menghiburkan pasangan mempelai di Dewan Komuniti Sentul.

Namun, rakaman 'footage' hanya dapat dirakamkan di Nilai 3 sahaja. Persembahan di Nilai 3 dimulai dengan Azim membuka langkah persilatan dengan langkah tiga dan langkah laksamana. Disusuli oleh Cikgu Akmal dengan pecah 12 dan tari keris. Kemudian disudahi dengan lela sembah. Tahniah buat pasukan ASt yang beraksi di Inspen dan Sentul dengar khabarnya mendapat pujian keluarga pengantin ;-)



Sunday, May 4, 2014

Majlis Perkahwinan di Taman Jasa, Sungai Tua, Selayang


4 Mei 2014 - Atas undangan pengantin lelaki iaitu saudara Hanif, ASt dipilih untuk meraikan pasangan mempelai dengan persembahan silat. Pada hari itu cuaca cukup mengizinkan dengan panas terik yang menguji kesabaran kami sebelum membuat persembahan. Alamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan jaya hendak-Nya.

Persembahan silat pada tengahri tersebut diwakili oleh Cikgu Akmal, Shawal, Shariffudin dan Ridzuan. Bermula dengan gerakan berkumpulan yang berlangsung diperkarangan rumah pengantin lelaki. Setelah tamat persembahan berkumpulan, Cikgu Akmal mengambilalih giliran beraksi secara solo dengan tari silat dan ketangkasan bermain senjata iaitu keris.

Seperti biasa penutup persembahan disudahi dengan tari lela sembah sebagai tanda berakhirnya persembahan silat dari ASt. Terima kaseh pada yang terlibat yang menjayakan majlis dan persembahan silat ini semoga apa yang kita kerjakan ini memberi manfaat baik pada pandangan umum. Aamin ;-)