Sunday, May 11, 2014

Majlis Perkahwinan di Mahkota Club, Inspen Abu Bakar Baginda & Dewan Komuniti Sentul


11 Mei 2014 - Rasanya ini kali pertama dalam tahun ini ASt mendapat jemputan persembahan silat pengantin di tiga tempat berbeza dalam satu masa. Akibatnya pesilat kumpulan ASt berpecah tiga. Cikgu Akmal bersama Azim menjayakan majlis di Nilai 3 (Mahkota Club), Amirul dan Tengku beraksi di Inspen Abu Bakar Baginda dan Nik, Yusof, Shawal dan Sharifuddin menghiburkan pasangan mempelai di Dewan Komuniti Sentul.

Namun, rakaman 'footage' hanya dapat dirakamkan di Nilai 3 sahaja. Persembahan di Nilai 3 dimulai dengan Azim membuka langkah persilatan dengan langkah tiga dan langkah laksamana. Disusuli oleh Cikgu Akmal dengan pecah 12 dan tari keris. Kemudian disudahi dengan lela sembah. Tahniah buat pasukan ASt yang beraksi di Inspen dan Sentul dengar khabarnya mendapat pujian keluarga pengantin ;-)