12 Julai 2014 - Dua minggu selepas berpuasa ASt kembali beraksi di bulan puasa kali ini. Sebelum ini memang tiada persembahan atau aktiviti silat dijalankan dalam bulan puasa. Alhamdulillah segalanya rezki. Persembahan bagi memenuhi acara sambutan ramadhan dan pra hari raya di Great Eastern Mall Ampang. Cikgu Akmal dan Mohd Shahril 'berjuang' untuk majlis ini. Kepenatan turut terasa namun minat dan tugasan mengatasi segalanya...