Saturday, March 2, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor

INI merupakan buat kali kedua pasukan AKMALSILAT mengadakan persembahan disini. Kali pertama adalah pada 5 Jun 2011 sempena perkahwinan sahabat dan juga perancang majlis perkahwinan iaitu Encik Kashfi. Untuk persembahan ini, AKMALSILAT diwakili oleh Irman, Shariffuddin, Shahril dan Akmal sendiri bertindak sebagai ketua persembahan.

Persembahan dimulakan dengan persembahan duo (regu Irman & Sharifuddin) dengan belebat dan langkah 3. Menyusul kemudian persembahan solo Shahril dengan tari silat yang dipelajarinya. Shahril adalah antara pesilat jemputan yang dipanggil oleh AKMALSILAT sebagai rakan kolabrasi. Tamat persembahan Shahril, giliran Irman menyambung kesinambungan persembahan silat Sendeng dengan pecah 12.

Seperti biasa, Akmal sendiri akan membuat persembahan solo senjata seperti keris untuk tatapan para tetamu dan kedua mempelai. Persembahan penutup AKMALSILAT disudahi dengan tari trio lela sembah Silat Sendeng yang dikepalai Akmal Edge.