Saturday, December 21, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan


21 DISEMBER 2013 - Bulan disember bulan cuti atau banyak pernikahan tapi pada kali ini ASt hanya terlibat dengan persembahan pada penghujung bulan atau akhir tahun jer untuk menutup tirai persembahan bagi tahun ini. Minggu satu dan sabtu minggu depan ada dua, inshaAllah. Apa-apapun, sebelum sampai membuat persembahan, kumpulan ASt berdepan detik mencemaskan, kononnya... Mana tidaknya, kami terperangkap didalam kesesakan lalulintas di lebuhraya Bangi menuju ke Nilai. Sepatutnya perjalanan mengambil masa 15 minit menjadi 1jam lebih, nasib baik sampai pada tepat masanya.

Persembahan dimulakan oleh Cikgu Akmal dengan persembahan solo lela sembah diluar dewan. Didalamnya pula giliran trio kolabrasi dua gelanggang dari Puchong dan Wangsa Maju iaitu Amirul, Nik dan Shariffudin memulakan persembahan dengan belebat, langkah tiga, langkah laksamana dan pecah empat. Cikgu Akmal kembali membuat pecah 12 dan tari keris 1 dan 2. Persembahan penutup secara berkumpulan disudahi dengan tari ringkas lela sembah. Buat pasangan mempelai yang tidak lekang dengan senyuman, kami ucapkan 'Selamat Pengantin Baru, Moga Kekal ke Akhir Hayat', AMINNN ;-)