Saturday, December 28, 2013

Majlis Perkahwinan di Kolej Antarabangsa Murni, Putrajaya


28 DISEMBER 2013 - Atas undangan dari pihak syarikat perunding majlis perkahwinan MnZ Enterprise, ASt telah membuat persembahan penutup tahun 2013 di Kolej Antarabangsa Murni, di Putrajaya. Pasukan diwakili dari gabungan ahli pesilat ASt dari gelanggang Puchong dan Wangsa Maju. Seramai 4 orang pesilat terlibat untuk membuat persembahan pada hari itu. Mereka ialah Mohd Shawal, Zul Azim, Tengku Rainishah (Mie) dan Cikgu Akmal Sendiri. Seperti biasa ASt akan tiba awal ke majlis bagi melihat tempat 'bertarung' dan juga sessi susun atur pergerakan setelah melihat lokasinya.

Persembahan dimulakan dengan persembahan belebat tangan (lurus, sagha, santul & kilas atas), disudahi dengan langkah tiga oleh Shawal, Nie dan Azim. Persembahan seterusnya disempurnakan oleh Cikgu Akmal dengan pecah 6, 8 sarut dan pecah 12. Persembahan buah jatuh diperagakan oleh pasangan Azim dan Mie sambil Cikgu Akmal memberi 'pencerahan' pada setiap teknik buah jatuh. Setelah tamat buah jatuh persembahan diterskan oleh Cikgu Akmal dengan tari keris secara solo. Akhirnya, persembahan lela sembah sebagai penutup persembahan.