Saturday, November 1, 2014

Majlis Perasmian Konvokesyen C.I.L.T 2014 di Shah Alam Convention Centre

-------------------------------------
1 November 2014 - Pembuka bulan november kali ini dimulai dengan persembahan perasmian konvokesyen sebuah kolej iaitu C.I.L.T yang julung kalinya adanya persembahan silat pada majlis tersebut. Sebelum ini pihak C.I.LT sudah acap kali membuat majlis konvokesyen C.I.L.T di SACC tetapi belum pernah persembahan silat di 'kemuka'kan. Alhamdulillah, ianya mendapat maklumbalas yang baik. Bagi pihak ASt berharap ianya akan berterusan pada edisi yang seterusnya selepas ini. InshaAllah. Terima kaseh kami ucapkan buat Encik Zul dan Along Gamelan yang memberi ruang untuk kami ASt beraksi di majlis yang berprestij itu.

Persembahan berlangsung sekitar 9 minit. Bermula dengan persembahan trio pesilat ASt yang diketuai Cikgu Akmal, Nik dan Joey sebagai pesilat baru kumpulan ASt. Persembahan trio tersebut dimulakan dengan langkah laksamana digabung dengan langkah tiga. Kemudian disudahi dengan pecah empat sebagai pemisah persembahan trio. Cikgu Akmal menyambung persembahan dengan tari silat pecah kuntau iaitu pecah enam dan lapan, diikuti pula dengan tempur tangan kosong bersama Nik sebanyak empat buah.

Joey menyambung pula dengan permainan rotan pendek tunggal dan berkembar menambah kelainan persembahan ASt buat kali ini. Cikgu Akmal menyambung lagi dengan permainan senjata keris dengan tari embut dan keris begitu berseni serta mengasyikkan. Tamat persembahan solo tersebut, penutup persembahan dengan silat sembah identiti ASt iaitu lela sembah diperagakan oleh Nik dan Cikgu Akmal.