Sunday, November 2, 2014

Majlis Perasmian Program Membara Memartabatkan Tradisi Budaya Agung di Laman Bestari AU3 Keramat

-----------------------------------------------------
2 November 2014 - Sehari selepas majlis perasmian di Shah Alam Convention Centre, satu lagi persembahan ASt di majlis perasmian di AU3 Keramat pula berlangsung. Ianya sempena program memartabatkan tradisi budaya anjuran puteri UMNO kawasan keramat yang julung kalinya dilaksanakan di Laman Bestari yang sememang menjadi pusat aktiviti sosial Zon Setiawangsa ini. Persembahan berlangsung dua kali iaitu sebelum ketibaan V.I.P dan sewaktu ketibaannya.

Persembahan pertama dilaksanakan oleh 3 pesilat iaitu Joey, Sharifuddin dan Shawal yang membuat persembahan belebat 2,3,4,5, langkah 3, langkah laksamana, pecah empat, gelut tangan, tongkat tunggal. Manakala persembahan yang kedua pula di wakili oleh Cikgu Akmal, Shawal dan Sharifuddin. Persembahan kali ini lebih kepada persembahan seni tari silat dan lela sembah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan meriah. Terima kaseh buat Cik Maza yang mengundang kami ASt menjadi sebahagian kumpulan yang terlibat menjayakan program ini ;-)