Sunday, March 10, 2013

Majlis Rasmi di Dewan Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang


JIKA pada 2 Mac 2013 (minggu lepas) buat kali pasukan AKMALSILAT mengadakan persembahan di tempat yang sama. Pada hari ini pula, pasukan AKMALSILAT diundang buat kali kedua oleh setiausaha Persatuan Bugis Selangor iaitu Encik Romazi untuk mengadakan persembahan Silat Sendeng pada majlis perasmian mesyuarat agung persatuan bugisnya yang berlangsung di dewan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

Persembahan AKMALSILAT mempersembahkan Silat Sendeng dirasmi dan disaksikan oleh YAM Tengku Aris Temenggong Selangor dan ternyata beliau tertarik dengan persembahan tersebut. Pada Persembahan itu, AKMALSILAT diwakili oleh Nur Fatin, Siti Nuratikah, Hamdan, Shariffuddin dan Akmal sendiri. Uniknya, persembahan kali ini dilangsung dengan jangka masa yang pendek iaitu sekitar 3 minit sahaja, berbeza pada persembahan terdahulu selama 30 minit.

Alhamdulillah, segalanya mengikut apa yang dirancang. Persembahan dilakukan secara variasi dalam satu masa. Apabila naik sahaja ke pentas, Sharifddin, Hamdan, Siti dan Fatin membuka tari Silat Sendeng dan Akmal melakukan tari keris secara solo. Satu persembahan yang amat jarang dilakukan oleh pasukan AKMALSILAT, namun ianya berjaya menarik perhatian umum.