Saturday, March 30, 2013

Majlis Perkahwinan di Seksyen 8, Jalan Lembangan, Shah Alam


BAGI tahun 2013 ini, bulan Mac ini adalah kekerapan aktiviti persembahan kami yang paling pada dan menyamai rekod pada tahun 2012 dalam bulan disember sebanyak 6 kali. Tahniah dan syukur kami ucapakan khasnya buat pasukan AKMALSILAT, moga-moga akan terus sukses dan maju jaya hendak-Nya. Manakla Shah Alam adalah lokasi sinonim buat pasukan AKMALSILAT mengadakan persembahan dan persembahan ini atas undangan sahabat kami juga iaitu Encik Mizan yang sering berkolabrasi dengan AKMALSILAT.

Terima kaseh juga kami ucapkan buat tuan rumah yang ramah dan sudi melayan kami sebagai tetamu persembahan dengan secara eksklusif. Makanan yang disajikan juga enak dan membuka selera. Tepat jam 1.30ptg, kedua mempelai tiba diperkarangan rumah pengantin yang diiringi paluan kompang. Sesudah tiba, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sejurus tamat doa, persembahan silat dimulakan. Pasukan AKMALSILAT kali ini diwakili oleh Irman, Sharifuddin, Nazrul dan Akmal.

Persembahan dimulakan persembahan solo oleh Sharifuddin dengan Langkah 3, diikuti oleh Irman dengan Pecah 12, Nazrul dengan pecah 6 Toya, Langkah Laksamana dan Akmal dengan tari keris yang menjadi kebiasaanya. Setelah selesai persembahan solo buat keempat-empat pesilat tersebut, penutupnya pasukan AKMALSILAT me'lagu'kan tari lela sembah yang sememangnya menjadi identiti Silat Sendeng.