Wednesday, March 5, 2014

Majlis Perkahwinan Di Alam Budiman, Puncak Perdana


1 Mac 2014 - AkmalSilat Team beraksi kembali... Walaupun tidak serancak permintaan seperti sebelum tetap tidak ketinggalan dalam mengadakan persembahan. Alhamdulillah setiap bulan ada sekurang-kurang satu atau dua kali persembahan. Kali ini di kawasan Puncak Alam Dewan MBSA U10, Puncak Perdana, Shah Alam Selangor DE. Lokasi persembahannya berhampiran UiTM Puncak Alam dan bersebelahan Meru, Klang.

Persembahan kali ini memenuhi pasangan bertuah tengahari itu, buat raja sehari encik Ilham Abadi... Alhamdulillah, tidak sukar menemui lokasinya dan kami tiba awal disana. Persembahan bermula pada jam 1.45 petang selepas waktu Zuhor. Persembahan terbahagi pada dua bahagian. Pertama, pembuka sembah dilakukan oleh Cikgu Akmal. Kedua, persembahan berkumpulan berlangsung ketika mempelai duduk dipelamin dalam dewan. Zaid memulakan persembahan dalam dewan dengan kombasi pecah 4 dan 6 toya.

Giliran Nik dan Yusof membuat persembahan belebat tangan (pepat, sagha dan santul) diikutti langkah 3. Cikgu Akmal kembali membuka langkah silat dengan buah tangan kosong secara solo dan tari keris. Penutupan persembahan seperti disudahi dengan adab lela sembah yang menjadi tradisi dan identiti Seni Silat Sendeng Malaysia. Dari kami ASt mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat kedua-dua mempelai... ;-)