Sunday, March 30, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Banquet MBSA


30 Mac 2014 - Dua minggu berselang, alhamdulillah ASt mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Dewan Banquet, MBSA. Majlis untuk meraikan pasangan pengantin yang mana ada para tetamu kehormatnya adalah Tengku Panglima, Tengku Muda Selangor dan juga Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Terima kaseh ASt ucapkan pada rakan seperjuangan dari Along Gamelan iaitu A.G.I.M yang mengundang ASt membuat persembahan menyambut kedua mempelai di ruang legar ketibaan tetamu.

Selepas itu, ASt turut mengiring tetamu kehormat dengan dua pesilat kami menjadi pengiring kehormat sewaktu majlis berlangsung di dalam dewan Banquet. Pesilat yang terlibat menjadi pengiring ialah Nik dan YusofNor. Persembahan silat sembah ASt dilaksanakan oleh Cikgu Akmal dan YusofNor dengan dimulakan dengan langkah Laksamana, Langkah Tiga, Pecah Enam Toya dan diakhiri dengan Lela Sembah Seni Silat Sendeng Malaysia.

Alhamdulillah, Segalanya berjalan lancar dan mendapat pujian dari pihak penganjur. Sekalung penghargaan buat Along Gamelan (AGIM) sekali lagi termasuk dengan adiknya Izzat yang memberi kepercayaan kepada kami dan melancarkan majlis tersebut, semoga ikatan persahabatan dan kerjasama ini berpanjangan, inshaAllah. AMIN ;-)