Wednesday, March 19, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Seri Endon, Putrajaya


15 Mac 2014 - Selang seminggu kemudian ASt telah membuat persembahan silat pengantin di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya dengan kolabrasi bersama Encik Nizan sebagai wedding planner. Putrajaya bukan tempat asing buat ASt kerana kerap membuat persembahan silat disekitarnya. Boleh dikatakan hampir segenap presint di Putrajaya telah ASt 'tawan'. Baik untuk majlis perkahwinan atau majlis rasmi.

Persembahan ASt kali ini diwakili oleh pesilat dibawah perguruan asas ASt iaitu Seni Silat Sendeng Malaysia, terdiri daripada Azim, Nik, Yusof dan Cikgu Akmal sendiri. Persembahan dimulakan dengan aksi berkumpulan oleh Azim, Nik dan Yusof dengan langkah belebat, seterusnya Langkah Tiga dan Kuntau Pecah 4. Cikgu Akmal beraks solo dengan Kuntau Pecah 12 dan Tari Keris.

Sepert biasa persembahan penutup akan dilakukan secara beramai-ramai tanda mengakhiri persembahan yang mengambil masa sekitar lapan minit mengikut rakaman video. Terima kaseh buat wedding planner, Encik Nizan yang sering memberi kepercayaan kepada ASt dan barisan ASt mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai.