29 Jun 2014 - Ini pertama kali ASt beraksi membuat persembahan silat dalam bulan puasa pada waktu siang! Terjelir jugak lidah masa membuatnya. Mana tidaknya, jadual asal sepatutnya main lepas berbuka tiba-tiba 'las minutes' ada pertukaran. Namun begitu bukan pendekar pantang berundur, ASt gagahi juga dan alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan lancar. Pasukan di wakili oleh YusofNor, Nik Izaham, Shahril dan juga Annas selaku jurugambar. Walau bagaimanapun ianya sejarah buat team dan kebetulan persembahan tersebut jatuh pada hari pertama umat Islam berpuasa...
Sunday, June 29, 2014
Wednesday, June 25, 2014
Majlis Perasmian Mesyuarat Arcasia ke-35 di KL Convention Centre
25 Jun 2014 - Empat hari sebelum puasa, AkmalSilat Team berkolabrasi pula dengan pasukan JalalKompang bagi memeriahkan majlis pembukaan mesyuarat Arcasia ke-35 di bilik mesyuarat bernmbor 408. Dif-dif kehormat datang dari seluruh Asia sempena perbincangan pakar-pakar binaan yang berlangsung di KLCC. Pasukan ASt diwakili oleh Cikgu Akmal, Salehuddin, YusofNor, Nik Izaham, Shawal serta dibantu oleh Shahril dan Sharifuddin. Alhamdulillah, persembahan mantap dan menghiburkan!
Saturday, June 21, 2014
Majlis Perkahwinan di Dewan Seri Endon Putrajaya
21 Jun 2014 - Bukan Jun 2014 ini seolah-olah 'running out of the time' maksudnya seumpama mengejar sisa-sisa masa' sebulan menghadapi bulan puasa iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, ianya rezki kurniaan Allah SWT yang tidak putus-putus. Amin. Berkolabrasi dengan pasukan biasa iaitu pasukan Along dari kumpulan gamelan AGIM. Pasukan AkmalSilat diwakili dua pesilat yang meraikan majlis tersebut iaitu Cikgu Akmal dan Azim. Kebetulan pasangan mempelai kedua-duanya doktor dan pengantin lelakinya juga seorang model sebelum ini.
"Selamat Pengantin Baru, Moga Kekal Ke Akhir Hayat"
Sunday, June 15, 2014
Majlis Perkahwinan Eyna & Kamarul di Bora Ombang Ampang
15 Jun 2014 - Selang sehari selepas persembahan di Dealova Place dan Sri Siantan Putrajaya, ASt (AkmalSilat Team) diundang oleh JalalKompang untuk membuat persembahan silat sembah pengantin di Bora Ombak Ampang. Lokasi ini kini bukan lagi asing buat ASt kerna sudah mengenali beberapa orang staf di sana yang menjaga 'event2' seperti majlis perkahwinan yang berlangsung di sana. Persembahan yang berlangsung tepat pada jam 8.45 malam itu adalah meraikan pasangan mempelai Eyna dan Kamarul yang baru sahaja diijabkabulkan pada siang harinya.
Persembahan kali ini diwakili oleh dua pesilat iaitu Azim dan Cikgu Akmal sendiri. Buat masa ini 'empunya' kumpulan silat ini belum boleh berehat kerna permintaan mahukan 'empunya' tuan turut beraksi. Persembahan dimulakan selepas doa majlis dan selamat dengan Azim memulakan langkah pencaknya. Bermula dengan langkah tiga diikuti pecah empat Azim membuat persembahan solo. Cikgu Akmal menyambung persembahan solo dengan 'kompilasi' pecah kuntau secara 'medley' :p Akhirnya, persembahan penutup seperti biasa dengan lela sembah oleh Azim dan Cikgu Akmal.
Saturday, June 14, 2014
Majlis Perkahwinan di Dewan Sri Siantan Kompleks Perbadanan Putrajaya & Dealova Ampang Hilir
14 Jun 2014 - ASt (AkmalSilat Team) pada minggu ini membuat persembahan di dua tempat berasingan. Pertama di Ampang Hilir diwakili oleh seorang pesilat. Kedua di Putrajaya iaitu ditempat biasa ASt membuat persembahan, lokasinya di dewan Sri Siantan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Diwakili seramai empat orang pesilat. Di Dealova diwakili Salehuddin dan di Putrajaya diwakili oleh Yusof Nor, Irfan, Annas dan Cikgu Akmal sendiri.
Persembahan di Putrajaya dimulakan dengan persembahan trio yang diketuai Yusof Nor membawa persembahan dengan belebat 1,3,4. Kemudian Yusof Nor meneruskan persembahan secara 'double' dengan Irfan gerak langkah tiga disambung pula dengan langkah laksamana oleh Yusof Nor secara solo. Giliran Cikgu Akmal mengambilalih persembahan dengan tari solo pecah kuntau dan disudahi dengan lela sembah bersama Yusof Nor.
Terima kaseh pada semua yang terlibat menjayakan majlis persembahan ini. Kesempatan ini ASt mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai iaitu Aisyah dan Mezee. ;-)
Saturday, June 7, 2014
Majlis Perkahwinan di Dewan Orkid Wisma PKPS
7 Jun 2014 - Setelah dua minggu beraksi secara solo, penampilan kali ini lebih padat dan kemas apabila beraksi dalam berpasukan. Kebetulan nama pengantin lelakinya sama dengan Cikgu Akmal iaiatu AKMAL. Sehingga ada yang 'keliru' apabila di 'posting' di dinding facebook milik Cikgu Akmal yang mengingatkan Cikgu Akmal kahwin lagi satu :p Apa-apapun layanan pihak tuan rumah sungguh baik dan berbahasa. Makanan yang disediakan turut enak dan ada kelainan.
Persembahan ASt kali ini diwakili oleh pesilat 'regular' seperti Sharifuddin, Shawal, Cikgu Akmal dan orang baru iaitu Irfan. Persembahan dimulakan dengan persembahan 'trio' S.S.I dengan belebat. Diikuti oleh Langkah 3 dan pecah 4 oleh Sharifuddin. Keadaan semakin hangat dengan persembahan buah jatuh oleh Shawal & Sharifuddin dan gelut tangan kosong oleh Cikgu Akmal & Sharifuddin. Persembahan penutup dilakukan oleh Cikgu Akmal secara solo.
Sunday, June 1, 2014
Majlis Perkahwinan di Bora Ombak Ampang
1 Jun 2014 - Persembahan kali ini merupakan majlis perkahwinan melibatkan pasangan mempelai yang berlainan bangsa iaitu perkahwinan campur antara melayu dan cina. Pengantin lelakinya melayu manakala perempuannya cina. Keluarga kedua-dua mempelai adalah berpangkat 'Datuk'. Sama seperti minggu lepas, Cikgu Akmal beraksi secara solo lagi. Cuma keseronokan sedikit terasa kerana ianya dilakukan bersama rakan-rakan dari pasukan gamelan AGIM dan juga layanan staf Bora Ombak membuat Cikgu Akmal tidak terasa kebosanan.
Selepas penyampaian doa Cikgu Akmal beraksi diatas pentas pelamin menghampiri pasangan mempelai yang begitu berseri-seri. Pengantin lelakinya kacak bergaya manakala pengantinnya manis senyuman dan cantik dipandang umum. Seperti biasa persembahan solo ini dalam lingkungan 3 minit dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)