Sunday, June 15, 2014

Majlis Perkahwinan Eyna & Kamarul di Bora Ombang Ampang



15 Jun 2014 - Selang sehari selepas persembahan di Dealova Place dan Sri Siantan Putrajaya, ASt (AkmalSilat Team) diundang oleh JalalKompang untuk membuat persembahan silat sembah pengantin di Bora Ombak Ampang. Lokasi ini kini bukan lagi asing buat ASt kerna sudah mengenali beberapa orang staf di sana yang menjaga 'event2' seperti majlis perkahwinan yang berlangsung di sana. Persembahan yang berlangsung tepat pada jam 8.45 malam itu adalah meraikan pasangan mempelai Eyna dan Kamarul yang baru sahaja diijabkabulkan pada siang harinya.

Persembahan kali ini diwakili oleh dua pesilat iaitu Azim dan Cikgu Akmal sendiri. Buat masa ini 'empunya' kumpulan silat ini belum boleh berehat kerna permintaan mahukan 'empunya' tuan turut beraksi. Persembahan dimulakan selepas doa majlis dan selamat dengan Azim memulakan langkah pencaknya. Bermula dengan langkah tiga diikuti pecah empat Azim membuat persembahan solo. Cikgu Akmal menyambung persembahan solo dengan 'kompilasi' pecah kuntau secara 'medley' :p Akhirnya, persembahan penutup seperti biasa dengan lela sembah oleh Azim dan Cikgu Akmal.