Sunday, June 1, 2014

Majlis Perkahwinan di Bora Ombak Ampang


1 Jun 2014 - Persembahan kali ini merupakan majlis perkahwinan melibatkan pasangan mempelai yang berlainan bangsa iaitu perkahwinan campur antara melayu dan cina. Pengantin lelakinya melayu manakala perempuannya cina. Keluarga kedua-dua mempelai adalah berpangkat 'Datuk'. Sama seperti minggu lepas, Cikgu Akmal beraksi secara solo lagi. Cuma keseronokan sedikit terasa kerana ianya dilakukan bersama rakan-rakan dari pasukan gamelan AGIM dan juga layanan staf Bora Ombak membuat Cikgu Akmal tidak terasa kebosanan.

Selepas penyampaian doa Cikgu Akmal beraksi diatas pentas pelamin menghampiri pasangan mempelai yang begitu berseri-seri. Pengantin lelakinya kacak bergaya manakala pengantinnya manis senyuman dan cantik dipandang umum. Seperti biasa persembahan solo ini dalam lingkungan 3 minit dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.