Sunday, August 31, 2014

Majlis Perkahwinan di Ideal Convention Centre Kota Damansara


31 Ogos 2014 - Pada sebelah siangnya ASt 'memerdekakan' pasangan mempelai di Pantai Dalam, belah malamnya sepasang lagi mempelai diraikan oleh ASt melalui persembahan silat pengantin secara solo oleh Cikgu Akmal. Memang majlis 31 Ogos kali ini ada 'jiwa' tersendiri. Mana tidaknya, lagi sekali mungkin kebetulan apabila persalinan persembahan yang dikenakan oleh Cikgu Akmal menepati tema majlis perkahwinan pada malam tersebut iaitu berwarna putih. Tambahan pula pasangan yang diraikan pula merupakan pasangan yang berdarah kacukan melayu-cina iaitu Syahzrul dan Salina. Terima kaseh juga buat team gamelan A.G.I.M yang mengiringi persembahan silat itu tadi dan tidak pada abang Aziz.

Majlis yang berlangsung dalam suasana ramah dan mudah serta berjalan lancar. Cikgu Akmal memulakan langkah silat yang mungkin lain sedikit suasana tidak seperti sebelum ini apabila M.C dan hadirin yang hadir ramai juga dari kalangan berbangsa cina. Sehinggakan Cikgu Akmal 'confuse' langkah silat apa yang sesuai dengan majlis iaitu ingin menyembahkan tari silat keris atau tongkat? Akhirnya, tari silat keris yang dipersembahkan dan diakhiri dengan tari lela sembah. Penghargaan tetamu hadirin terhadap persembahan turut merai perhatian kami yang 'salute' dengan silat melayu dengan memberi tepukan selepas sejurus persembahan tamat.



"...Selamat Pengantin Baru buat SYAHZRUL dan SALINA dari ASt..."

Majlis Perkahwinan di Pantai Dalam Kuala Lumpur


31 Ogos 2014 - Tanggal ini merupakan tarikh ulangtahun kemerdekaan negara kita, namun tarikh ini juga dipilih oleh bagi mereka yang ingin 'memerdekakan' diri dari status 'bujang dan dara'. Itulah yang berlaku, ASt turut terlibat dalam majlis 'memerdekakan mereka yang bergelar pasangan suami isteri di Jalan Permai 4, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Pada hari bahagia itu ASt melalui Cikgu Akmal membuat persembahan solo meraikan pasangan mempelai Azlan dan Najihah. Kebetulan, tema pakaian rasmi keluarga mempelai adalah berwarna biru dan Cikgu Akmal turut memakai pakaian silat sembahnya berwarna biru.

Sekali dilihat disangkanya Cikgu Akmal adalah tuan rumah tetapi tidak, kami hanya pesilat meraikan mempelai. Persembahan solo ini dilakukan seawal jam 1.15 tenghari sebelum laungan azan zuhor. Alhamdulillah mengikt seperti apa yang dirancang segalanya berjalan lancar dan cuaca turut mengizinkan dengan izin-Nya. Apa-apapun, dari pihak kami ASt mengucapkan selamat pengantin baru dan sekalung terima kaseh pada buat abang Aziz diatas kolabrasi ini begitu juga dengan Along Gamelan yang seiring sejalan dengan ASt.



"...Selamat Pengantin Baru buat AZLAN dan NAJIHAH dari ASt..."

Saturday, August 30, 2014

Majlis Perkahwinan di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi


30 Ogos 2014 - Merupakan tanggal peristiwa ikatan dua insan disatukan dibawah satu pelamin buat mempelai Hamdan dan Hamiza sah selaku pasangan suami isteri. Bagi meraikan majlis tersebut AkmalSilat team diundang untuk memeriahkan suasana majlis dengan persembahan silat. Pasukan diwakili oleh Shawal dan Cikgu Akmal untuk membuat persembahan manakala Sharifuddin bertindak sebagai pesilat simpanan. Ini kerana tuan rumah mahukan dua pesilat sahaja yang beraksi.

Shawal membuka tirai persembahan dengan tari langkah laksamana, langkah tiga dan pecah empat. Cikgu Akmal meneruskan momentum dengan persembahan dengan tari solo diikuti pecah secara 'medley' iaitu pecah enam, pecah lapan dan pecah dua belas. Tari keris bungan satu dan dua diaksikan dan penutup secara solo oleh Cikgu Akmal dengan lela sembah Seni Silat Sendeng Malaysia.








"...Selamat Pengantin Baru Buat Hamiza dan Hamdan dari ASt..."

Sunday, August 24, 2014

Majlis Perkahwinan di Taman Sri Ampang

--------------------
24 Ogos 2014 - Sudah lama tidak beraksi di lokasi perumahan buat ASt sewaktu majlis perkahwinan. Pada kali ini di Ampang, tradisi itu kembali apabila salah seorang 'client' ASt mengundang kami merai dan memeriahkan majlis perkahwinan adik yang bernikah pada 23 Ogos iaitu semalam. ASt beraksi seramai empat pesilat iaitu Syawal, Sharifuddin, Riduan dan Cikgu Akmal sendiri. Lebih menyeronokkan persembahan kami diiringi oleh pasukan gendang silat tradisi irama melayu 'cherry' Gombak yang nyata menaikkan para pesilat kami.

Persembahan dimulai pembukaannya oleh 'tuan rumah' iaitu Encik Zamani yang membuka tirai persembahan. Kemudian langkah seterusnya disambung oleh team AS dikepalai Sharifuddin, Syawal dan Riduan untuk gerakan belebat tangan lurus, sagha, santul dan kilas atas serta langkah tiga secara trio. Cikgu Akmal mencelah dengan tari bunga keris satu dan dua. Sharifuddin beraksi solo dengan pecah empat dan regu gelut bersama Syawal. Penutup persembahan disudahi oleh Cikgu Akmal dengan tari dan buah parang serta lela sembah.






Majlis Perkahwinan di Dewan Raja Lumu Shah Alam

-

24 Ogos 2014 - Lagi persembahan 'serampang dua mata', satu di Taman Sri Ampang dan satu lagi di Dewan Raja Lumu Shah Alam. Cikgu Akmal bersama tiga lagi anak buahnya beraksi di Ampang manakala di Shah Alam diwakili oleh seorang pesilat iaitu Shahril yang beraksi secara solo buat pertama kali. Tahniah buatnya kerana menjalankan tugas dengan baik. Sampai bila nak harapkan 'tok guru' jer yang nak buat semua... hihihi... Terima kaseh pada Encik Azmi dan Encik Fairuz Along Gamelan yang menaruh kepercayaan pada ASt.



Saturday, August 23, 2014

Majlis Perkahwinan di Dewan Felda Merak Kayangan

---------------------------
23 Ogos 2014 - Majlis yang sepatutnya disangka siang telah berubah ke malam. Namun ia tidak menyentap semangat Cikgu Akmal untuk meneruskan amanah menraikan dan menjayakan majlis dengan jayanya. Pasangan mempelai kali ini adalah penyatuan dua jiwa dari buah negara serumpun se-melayu. Pasangan bertuah ini ialah Ima Shazira Ishak (Malaysia) dan Teguh Azzory Muslim (Indonesia) berjaya disatukan pada malam itu. Alhamdulillah mereka umpama 'duta' hubungan dua negara yang sudah lama terjalin.

Pada malam itu, Cikgu Akmal beraksi solo sambil ditemani pesilatnya Syawal bertindak sebagai jurugambar aksi persilatan Cikgu Akmal. Terima kaseh atas kerjasama dan Selamat Pengantin Baru buat Teguh dan Ima moga ikatan kekeluargaan ini tidak terputus hingga ke akhir hayat... AMIN...






Majlis Perkahwinan di Dewan Komuniti Menjalara Damansara

---------------------------------
23 Ogos 2014 - Sepatutnya dua persembahan berlangsung serentak pada hari ini tetapi sebaliknya lain yang berlaku. ASt bersama team gamelan AGIM terpaksa 'menyerbu' ke lokasi perkahwinan di Menjalara setelah majlis yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan langsungnya pada sebelah malam. Kesilapan 'pengurus acara' lambat memaklumkan kepada kami. Sebagai melepaskan geram Cikgu Akmal beraksi terlebih dahulu di Dewan Komuniti Menjalara yang kebetulan mempelainya adalah dua pasangan.


Persembahan pertama untuk pengantin pertama pesilat Shahril membuka langkah dan sembah tarinya secara solo. Kemudian diikuti oleh Cikgu Akmal meraikan pasangan mempelai yang kedua dengan penuh gilang gemilang yang turut dihadiri beberapa orang tetamu v.i.p.




Saturday, August 16, 2014

Majlis Perkahwinan di Hotel Crown Crystal Klang

 

16 Ogos 2014 - Sekali lagi beraksi secara solo. Kali ini di Hotel Crown Crystal di bandar Pelabuhan Klang. Selalunya jika beraksi secara solo Cikgu Akmal yang akan turun padang kecuali ada keuzuran yang teramat sangat. Jika tiada pilihan atau pengganti memang terpaksa juga turun beraksi seperti yang sebelum-belum ini. Alhamdulillah pengalaman banyak memberi 'kematangan'. Beraksi secara solo memang adakalanya membosankan kerana tiada pasangan tetapi adakalanya menyeronokkan kerana tiada beban kiritikan dan tenaga. Tidak kira beraksi solo atau berkumpulan, yang penting ASt aktif membuat persembahan...





 

Thursday, August 14, 2014

Majlis Perasmian Kejohanan Goe Remaja Dunia di Hotel Wellness Mines Serdang


14 Ogos 2014 - Persembahan solo sempena majlis perasmian pertandingan 'catur cina' remaja dunia yang berlangsung di hotel Wellness di Mines Resort bersebelah Mines Shopping Mall. Cikgu Akmal beraksi secara solo didepan para dif-dif jemputan dan v.i.p dari dalam dan luar negara yang terlibat dengan kejohanan ini. Para tetamu kehormat yang lain hadir seperti setiausaha kehormat MOM, Datuk Shieh Kok Chi turut hadir memberi sokongan bagi merai dan menjayakan majlis ini.



Saturday, August 9, 2014

Majlis Perkahwinan di De' Palma Hotel Shah Alam Seksyen 19


9 Ogos 2014 - Pada sebelah siangnya kami beraksi di Taman Melawati. Pada sebelah malamnya ASt beraksi di otel De' Palma Shah Alam seksyen 19. 'Lain padang lain belalangnya'... Benar... Team yang beraksi untuk malam di hotel ini pesilat yang berbeza kerana pengurus acara perkahwinan hanya mahukan dua pesilat sahaja yang beraksi. Sebenarnya ramai yang 'join' sebab itu ASt menggunakan sistem penggiliran supaya semua merasa.

Pasukan kali ini diwakili oleh Amirul dan Tengku Raini. Kedua-duanya sememangnya masih bersemangat dengan 'aura raya' terbuak-buak untuk membuat persembahan. Amirul membuka langkah dengan langkah laksamana dan kuntau pecah empat. Setelah tamat aksi solo Amirul, giliran Tengku Raini pula membuka langkah dengan langkah tiga dan kuntau pecah enam. Persembahan meraikan mempelai diakhiri dengan tari lela sembah.




Majlis Perkahwinan di Laman Pengantin Taman Melawati, Kuala Lumpur


9 Ogos 2014 - Persembahan ASt yang pertama selepas pulang dari sambutan raya Idulfitri 1435h. Masa lagi hangat dengan ketupat rendang satay dan berbagai-bagai aneka juadah kuih muih raya, jika ada undangan persembahan tetap kami jalan seperti biasa. Persembahan kali diundang oleh Cik Liyana iaitu pegawai pemasaran syarikat katering, walaupun tempahan dibuat 'last-last minutes', ASt tetap mempermudahkan urusan majlis mereka yang berlangsung di Laman Pengantin Taman Melawati.

ASt diwakili oleh empat pesilat, iaitu Cikgu Akmal, Syful Eerwan, Shawal dan Shahril. Memandangkan keterhadan ruang persembahan, akhirnya ASt memutuskan untuk membuat persembahan solo seorang demi seorang. Pengalaman membuatkan pasukan ini mudah menyusun 'aksi' walaupun di saat-saat akhir kerana masalah keadaan tempat dan ruang. Shawal membuka langkah dengan langkah tiga, diikuti Shahril dengan solo seni keris, Syful dengan aksi solo jurus pecah kuntau dan Cikgu Akmal menutup persembahan dengan solo buah jatuh dan lela sembah.