Sunday, August 24, 2014

Majlis Perkahwinan di Taman Sri Ampang

--------------------
24 Ogos 2014 - Sudah lama tidak beraksi di lokasi perumahan buat ASt sewaktu majlis perkahwinan. Pada kali ini di Ampang, tradisi itu kembali apabila salah seorang 'client' ASt mengundang kami merai dan memeriahkan majlis perkahwinan adik yang bernikah pada 23 Ogos iaitu semalam. ASt beraksi seramai empat pesilat iaitu Syawal, Sharifuddin, Riduan dan Cikgu Akmal sendiri. Lebih menyeronokkan persembahan kami diiringi oleh pasukan gendang silat tradisi irama melayu 'cherry' Gombak yang nyata menaikkan para pesilat kami.

Persembahan dimulai pembukaannya oleh 'tuan rumah' iaitu Encik Zamani yang membuka tirai persembahan. Kemudian langkah seterusnya disambung oleh team AS dikepalai Sharifuddin, Syawal dan Riduan untuk gerakan belebat tangan lurus, sagha, santul dan kilas atas serta langkah tiga secara trio. Cikgu Akmal mencelah dengan tari bunga keris satu dan dua. Sharifuddin beraksi solo dengan pecah empat dan regu gelut bersama Syawal. Penutup persembahan disudahi oleh Cikgu Akmal dengan tari dan buah parang serta lela sembah.