9 Ogos 2014 - Pada sebelah siangnya kami beraksi di Taman Melawati. Pada sebelah malamnya ASt beraksi di otel De' Palma Shah Alam seksyen 19. 'Lain padang lain belalangnya'... Benar... Team yang beraksi untuk malam di hotel ini pesilat yang berbeza kerana pengurus acara perkahwinan hanya mahukan dua pesilat sahaja yang beraksi. Sebenarnya ramai yang 'join' sebab itu ASt menggunakan sistem penggiliran supaya semua merasa.
Pasukan kali ini diwakili oleh Amirul dan Tengku Raini. Kedua-duanya sememangnya masih bersemangat dengan 'aura raya' terbuak-buak untuk membuat persembahan. Amirul membuka langkah dengan langkah laksamana dan kuntau pecah empat. Setelah tamat aksi solo Amirul, giliran Tengku Raini pula membuka langkah dengan langkah tiga dan kuntau pecah enam. Persembahan meraikan mempelai diakhiri dengan tari lela sembah.