31 Ogos 2014 - Tanggal ini merupakan tarikh ulangtahun kemerdekaan negara kita, namun tarikh ini juga dipilih oleh bagi mereka yang ingin 'memerdekakan' diri dari status 'bujang dan dara'. Itulah yang berlaku, ASt turut terlibat dalam majlis 'memerdekakan mereka yang bergelar pasangan suami isteri di Jalan Permai 4, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Pada hari bahagia itu ASt melalui Cikgu Akmal membuat persembahan solo meraikan pasangan mempelai Azlan dan Najihah. Kebetulan, tema pakaian rasmi keluarga mempelai adalah berwarna biru dan Cikgu Akmal turut memakai pakaian silat sembahnya berwarna biru.
Sekali dilihat disangkanya Cikgu Akmal adalah tuan rumah tetapi tidak, kami hanya pesilat meraikan mempelai. Persembahan solo ini dilakukan seawal jam 1.15 tenghari sebelum laungan azan zuhor. Alhamdulillah mengikt seperti apa yang dirancang segalanya berjalan lancar dan cuaca turut mengizinkan dengan izin-Nya. Apa-apapun, dari pihak kami ASt mengucapkan selamat pengantin baru dan sekalung terima kaseh pada buat abang Aziz diatas kolabrasi ini begitu juga dengan Along Gamelan yang seiring sejalan dengan ASt.