Saturday, August 9, 2014

Majlis Perkahwinan di Laman Pengantin Taman Melawati, Kuala Lumpur


9 Ogos 2014 - Persembahan ASt yang pertama selepas pulang dari sambutan raya Idulfitri 1435h. Masa lagi hangat dengan ketupat rendang satay dan berbagai-bagai aneka juadah kuih muih raya, jika ada undangan persembahan tetap kami jalan seperti biasa. Persembahan kali diundang oleh Cik Liyana iaitu pegawai pemasaran syarikat katering, walaupun tempahan dibuat 'last-last minutes', ASt tetap mempermudahkan urusan majlis mereka yang berlangsung di Laman Pengantin Taman Melawati.

ASt diwakili oleh empat pesilat, iaitu Cikgu Akmal, Syful Eerwan, Shawal dan Shahril. Memandangkan keterhadan ruang persembahan, akhirnya ASt memutuskan untuk membuat persembahan solo seorang demi seorang. Pengalaman membuatkan pasukan ini mudah menyusun 'aksi' walaupun di saat-saat akhir kerana masalah keadaan tempat dan ruang. Shawal membuka langkah dengan langkah tiga, diikuti Shahril dengan solo seni keris, Syful dengan aksi solo jurus pecah kuntau dan Cikgu Akmal menutup persembahan dengan solo buah jatuh dan lela sembah.