31 Ogos 2014 - Pada sebelah siangnya ASt 'memerdekakan' pasangan mempelai di Pantai Dalam, belah malamnya sepasang lagi mempelai diraikan oleh ASt melalui persembahan silat pengantin secara solo oleh Cikgu Akmal. Memang majlis 31 Ogos kali ini ada 'jiwa' tersendiri. Mana tidaknya, lagi sekali mungkin kebetulan apabila persalinan persembahan yang dikenakan oleh Cikgu Akmal menepati tema majlis perkahwinan pada malam tersebut iaitu berwarna putih. Tambahan pula pasangan yang diraikan pula merupakan pasangan yang berdarah kacukan melayu-cina iaitu Syahzrul dan Salina. Terima kaseh juga buat team gamelan A.G.I.M yang mengiringi persembahan silat itu tadi dan tidak pada abang Aziz.
Majlis yang berlangsung dalam suasana ramah dan mudah serta berjalan lancar. Cikgu Akmal memulakan langkah silat yang mungkin lain sedikit suasana tidak seperti sebelum ini apabila M.C dan hadirin yang hadir ramai juga dari kalangan berbangsa cina. Sehinggakan Cikgu Akmal 'confuse' langkah silat apa yang sesuai dengan majlis iaitu ingin menyembahkan tari silat keris atau tongkat? Akhirnya, tari silat keris yang dipersembahkan dan diakhiri dengan tari lela sembah. Penghargaan tetamu hadirin terhadap persembahan turut merai perhatian kami yang 'salute' dengan silat melayu dengan memberi tepukan selepas sejurus persembahan tamat.
"...Selamat Pengantin Baru buat SYAHZRUL dan SALINA dari ASt..."