Sunday, June 30, 2013

Majlis Perkahwinan di Hotel Hilton, Petaling Jaya


PERSEMBAHAN ini adalah penutup buat bulan Jun 2013 yang penuh dengan 'kesesakan' jadual persembahan silat. Mana tidaknya, setiap minggu ASt beraksi mememnuhi permintaan persembahan di merata tempat tidak kira majlis kahwin, perasmian, pementasan atau tutorial. Jika bukan dari permintaan 'client', ianya pasti ada permintaan dari rakan-rakan seperjuangan yang sering bekerjasama menjayakan sesuatu majlis persembahan.

Terima kaseh ASt ucapkan kepada JalalKompang yang mengundang kami menjadi sebahagian wakil menjayakan majlis perkahwinan tersebut. Pada persembahan kali ASt tidak membawa ramai pesilat kerana permintaan untuk menjayakan persembahan adalah dalam bilangan yang kecil serta ringkas. Walaupun ringkas, persembahan ASt tetap mantap dan menarik perhatian hadirin yang datang dengan berbilang bangsa.

Oleh itu, ASt diwakili oleh Akmal Edge dan Salehuddin seperti yang diminta oleh pasukan JalalKompang sidang majlis yang hadir. 




Sunday, June 16, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya


KEPENATAN jelas terasa oleh pesilat ASt. Buktinya, separuh dari persembahan semalam iaitu di menara KL 'surrender' meminta cuti. Jangan risau, tiada paksaan. Bagi anda yang mampu sila teruskan dan yang tidak mampu baik berehat sepenuhnya kerna minggu depan 22hb Jun 2013 ini masih ada tenaga yang diperlukan, inshaallah. Pesilat yang terlibat pada majlis ini ialah Syawal, Mohd Akmal, Sharifuddin dan Akmal sendiri.

Syukur buat masa ini kumpulan ASt sudah makin bertambah pesilatnya walaupun masih hijau, mereka memberikan komitmen yang membanggakan dan bakat mereka boleh digilap. Alhamdulillah, moga-moga semangat sebegini dapat dipanjang-panjangkan pada masa depan kelak. Persembahan silat kali ini adalah untuk majlis perkahwinan. ASt turut mengundang pasukan kompang dari AGIM diketuai oleh Encik Fairuz.

Buat pihak tuan rumah terutamanya Cik Ieya, terima kaseh ASt ucapkan dan semoga berpuashati dengan perkhidmatan persembahan yang kami berikan. Oleh itu serangkap pantun untuk Cik Ieya dan Keluarga, "terima Kaseh Daun Keladi, Jika Suka Panggil Lagi"...




Saturday, June 15, 2013

Majlis Penutupan 'Cabaran Sihat 2013' di Menara KL, Bukit Nanas, Kuala Lumpur


ALHAMDULILLAH, segalanya berjalan dengan lancar buat ASt kerna diberi kepercayaan oleh pengurusan majalah keluaran UTUSAN KARYA iaitu i-Sihat bagi menjayakan antara salah satu acara persembahan pada majlis itu. Selain daripada ASt, kelibat beberapa orang artis tempatan turut membuat persembahan. Tidak ketinggalan kehadiran tetamu v.i.p, para wartawan dari UKSB sendiri dan juga Kevin Zahri.

Antara artis tempatan yang terlibat seperti Najwa, Nabil dan Aweera. Najwa mendendangkan 3 buah lagu untuk menghiburkan hadirin yang hadir termasuk peserta bagi 'Cabaran Sihat' selepas persembahan silat ASt. Manakala Aweera pula mendendangkan lagu-lagu popularnya sejurus majlis penutup dilaksanakan. Nabil pula diamanahkan untuk memeriahkan lagi keadaan dengan menjadi MC pada majlis tersebut.

ASt juga ingin mengucapkan ribuan tahniah buat pesilat muda yang beri tampil ke pentas walaupun masih hijau dalam arena persembahan ini. Mereka membuktikan komitmen dan pengorbanan yang mereka lalui semasa latihan sudah terbalas. Buktinya, persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin termasuk para pelancong. Tahniah buat pesilat ASt yang menjayakan persembahan ini yang terdiri daripada Syawal, Nik Daniel, Ahmad Lutfi, Mohd Akmal, Irman dan Sharifuddin.



Sunday, June 9, 2013

Majlis Perkahwinan di Dewan Dr. Siti Hasmah, Puspanita, Kuala Lumpur


KALI kedua rasanya, ASt berkunjung ke sini untuk membuat persembahan silat bagi meraikan pasangan mempelai Encik Nizam dan Cik Sahara. Buat kali pertama pula ASt mengundang pasukan kompang dari MnZ Enterprise berkolabrasi dengan ASt. Sebelum ini, MnZ kerap memanggil ASt berkolabrasi dengannya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sehinggakan pihak 'tuan rumah' amat bergembira dan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ASt.

Pasukan kompang MnZ diwakili oleh 7 org pemukul kompang yang terlatih. Manakala persembahan silat ASt pula diwakili oleh Irman, Mohd Akmal, Syawal dan Sharifuddin. Pada pesilat ASt yang terlibat saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana kerjasama dan semangat anda untuk memartabatkna seni silat di mata global pada akan datang, insya-allah. Persembahan ASt dimulakan dengan persembahan solo oleh Irman, kemudian disudahi dengan pasangan duo teknik buah jatuh!




Saturday, June 8, 2013

Majlis Rasmi 'Malam Gabungan Seni Warisan Melayu' di Spectrum Shopping Mall, Ampang, Selangor


SETELAH sekian lama tidak menerima undangan demontrasi silat dari pihak pengurusan kompleks beli-belah, tiba-tiba sebulan sebelum majlis ini wakil dari SSM menghubungi ASt menyatakan minat terhadap ASt dan mengundang kami membuat persembahan pada malam yang penuh bersejarah itu. ASt mewakili disiplin Seni Silat Sendeng Malaysia menerima pelawaan itu setelah dihubungi Cik Halimahton a.k.a Immah selaku wakil SSM dalam bidang promosi.

Setiap pasukan silat diwakili diberi masa sekitar 7 minit untuk membuat persembahan silatnya pada malam itu yang turut dihadiri oleh pelbagai jenis silat. Antara silat yang terlibat ialah Silat Sendeng, Cekak, Lincah dan ramai lagi. ASt diwakili oleh 6 orang pesilat iaitu Sharifuddin, Syawal, Syafiee, Mohd Akmal, Irman dan Akmal sendiri. Alhamdulillah, dari gabungan baru dan lama, persembahan ASt tidak ada cacat cela dan menarik perhatian hadirin.

Buat pihak SSM, kami ASt amat-amat sukacita dan berbesar hati menjadi sebahagian yang menjayakan majlis ini. Semoga aktiviti-aktiviti dapat kerap dilakukan pada masa-masa yang mendatang. Ini kerana, ianya baik untuk perkembangan dunia persilatan itu sendiri. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih buat Immah dan Cik Nadia yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini.




Tuesday, June 4, 2013

Majlis Perasmian Tsubaki Transformers di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor


ALHAMDULILLAH, bulan jun ini bulan yang paling padat buat AKMALSILAT team dengan persembahan seni silat. Pada kali ini, ASt diundang oleh pasukan Jalalkompang untuk membuat persembahan sempena majlis perasmian sebuah firma barangan dari Jepun iaitu Tsubaki di Bukit Jelutong. Majlis yang berlangsung tepat pada 9.59 pagi itu dirasmikan oleh Dato' Henri.

ASt diwakili oleh Akmal sendiri dan Irman. Tanpa diduga pada majlis itu, rupa-rupanya orang Jepun ini amat menghormati seni dan budaya melayu. Sepanjang majlis berlangsung semuanya berkonsepkan melayu, baik dari segi makanan, minuman, muzik dan persembahan. Oleh itu, tidak menghairankan kenapa mereka perlukan paluan kompang dan persembahan silat.




Sunday, June 2, 2013

Majlis Perkahwinan di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor


BOLEH dikatakan projek panggilan mengejut, namun ianya bukan penghalang buat AST (AkmalSilat Team) mengumpulkan para pesilat untuk menjayakan permintaan ini. Bersama-sama ahli pesilat AST seramai 4 orang terdiri daripada Akmal, Sharifddin, Irman dan Syawal, tiba awal dilokasi majlis. Sememangnya AST akan sampai awal untuk sesuatu majlis, paling lewat pun satu jam lebih awal.

Bila tiba di lokasi majlis terus AST bertemu dengan wakil pengantin bagi membincangkan tempat dan bentuk persembahan yang bakal dibuat. Ternyata majlis begitu meriah dan mendapat perhatian ramai hadirin apabila persembahan silat untuk pengantin dimulakan. Suasana perkahwinan versi kampung itu cukup dirasai apabila selepas paluan kompang ditamatkan hadirin mula berkerumun untuk melihat aksi silat.

Terima kaseh juga diucapkan buat tuan rumah yang memberikan layanan serta jamuan makan yang enak walaupun ala-ala kampung dan sederhana tetapi tidak dilupakan dengan hidangan ayam golek yang tidak henti-henti bergolek selagi ada tetamu diibarat 'jualan' paling laris dikalangan lauk-pauk yang ada pada majlis tersebut.