Sunday, June 2, 2013

Majlis Perkahwinan di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor


BOLEH dikatakan projek panggilan mengejut, namun ianya bukan penghalang buat AST (AkmalSilat Team) mengumpulkan para pesilat untuk menjayakan permintaan ini. Bersama-sama ahli pesilat AST seramai 4 orang terdiri daripada Akmal, Sharifddin, Irman dan Syawal, tiba awal dilokasi majlis. Sememangnya AST akan sampai awal untuk sesuatu majlis, paling lewat pun satu jam lebih awal.

Bila tiba di lokasi majlis terus AST bertemu dengan wakil pengantin bagi membincangkan tempat dan bentuk persembahan yang bakal dibuat. Ternyata majlis begitu meriah dan mendapat perhatian ramai hadirin apabila persembahan silat untuk pengantin dimulakan. Suasana perkahwinan versi kampung itu cukup dirasai apabila selepas paluan kompang ditamatkan hadirin mula berkerumun untuk melihat aksi silat.

Terima kaseh juga diucapkan buat tuan rumah yang memberikan layanan serta jamuan makan yang enak walaupun ala-ala kampung dan sederhana tetapi tidak dilupakan dengan hidangan ayam golek yang tidak henti-henti bergolek selagi ada tetamu diibarat 'jualan' paling laris dikalangan lauk-pauk yang ada pada majlis tersebut.