ALHAMDULILLAH, bulan jun ini bulan yang paling padat buat AKMALSILAT team dengan persembahan seni silat. Pada kali ini, ASt diundang oleh pasukan Jalalkompang untuk membuat persembahan sempena majlis perasmian sebuah firma barangan dari Jepun iaitu Tsubaki di Bukit Jelutong. Majlis yang berlangsung tepat pada 9.59 pagi itu dirasmikan oleh Dato' Henri.
ASt diwakili oleh Akmal sendiri dan Irman. Tanpa diduga pada majlis itu, rupa-rupanya orang Jepun ini amat menghormati seni dan budaya melayu. Sepanjang majlis berlangsung semuanya berkonsepkan melayu, baik dari segi makanan, minuman, muzik dan persembahan. Oleh itu, tidak menghairankan kenapa mereka perlukan paluan kompang dan persembahan silat.