Saturday, June 15, 2013

Majlis Penutupan 'Cabaran Sihat 2013' di Menara KL, Bukit Nanas, Kuala Lumpur


ALHAMDULILLAH, segalanya berjalan dengan lancar buat ASt kerna diberi kepercayaan oleh pengurusan majalah keluaran UTUSAN KARYA iaitu i-Sihat bagi menjayakan antara salah satu acara persembahan pada majlis itu. Selain daripada ASt, kelibat beberapa orang artis tempatan turut membuat persembahan. Tidak ketinggalan kehadiran tetamu v.i.p, para wartawan dari UKSB sendiri dan juga Kevin Zahri.

Antara artis tempatan yang terlibat seperti Najwa, Nabil dan Aweera. Najwa mendendangkan 3 buah lagu untuk menghiburkan hadirin yang hadir termasuk peserta bagi 'Cabaran Sihat' selepas persembahan silat ASt. Manakala Aweera pula mendendangkan lagu-lagu popularnya sejurus majlis penutup dilaksanakan. Nabil pula diamanahkan untuk memeriahkan lagi keadaan dengan menjadi MC pada majlis tersebut.

ASt juga ingin mengucapkan ribuan tahniah buat pesilat muda yang beri tampil ke pentas walaupun masih hijau dalam arena persembahan ini. Mereka membuktikan komitmen dan pengorbanan yang mereka lalui semasa latihan sudah terbalas. Buktinya, persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin termasuk para pelancong. Tahniah buat pesilat ASt yang menjayakan persembahan ini yang terdiri daripada Syawal, Nik Daniel, Ahmad Lutfi, Mohd Akmal, Irman dan Sharifuddin.