Saturday, June 8, 2013

Majlis Rasmi 'Malam Gabungan Seni Warisan Melayu' di Spectrum Shopping Mall, Ampang, Selangor


SETELAH sekian lama tidak menerima undangan demontrasi silat dari pihak pengurusan kompleks beli-belah, tiba-tiba sebulan sebelum majlis ini wakil dari SSM menghubungi ASt menyatakan minat terhadap ASt dan mengundang kami membuat persembahan pada malam yang penuh bersejarah itu. ASt mewakili disiplin Seni Silat Sendeng Malaysia menerima pelawaan itu setelah dihubungi Cik Halimahton a.k.a Immah selaku wakil SSM dalam bidang promosi.

Setiap pasukan silat diwakili diberi masa sekitar 7 minit untuk membuat persembahan silatnya pada malam itu yang turut dihadiri oleh pelbagai jenis silat. Antara silat yang terlibat ialah Silat Sendeng, Cekak, Lincah dan ramai lagi. ASt diwakili oleh 6 orang pesilat iaitu Sharifuddin, Syawal, Syafiee, Mohd Akmal, Irman dan Akmal sendiri. Alhamdulillah, dari gabungan baru dan lama, persembahan ASt tidak ada cacat cela dan menarik perhatian hadirin.

Buat pihak SSM, kami ASt amat-amat sukacita dan berbesar hati menjadi sebahagian yang menjayakan majlis ini. Semoga aktiviti-aktiviti dapat kerap dilakukan pada masa-masa yang mendatang. Ini kerana, ianya baik untuk perkembangan dunia persilatan itu sendiri. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih buat Immah dan Cik Nadia yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini.